Tabung Bantuan Perniagaan BizStart

Sila pilih amaun dibawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan bayaran derma.


Perlukan bantuan?

Kami di MVM sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi wakil kami di talian +6012-235 6854.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Tabung Bantuan Perniagaan BizStart

Tabung Bantuan Perniagaan BizStart adalah salah satu inisiatif baru Muslim Volunteer Malaysia bermula tahun 2019 ini dalam menjayakan objektif MVM untuk membangunkan ekonomi penerima bantuan di Malaysia.

Bantuan Perniagaan BizStart ini merupakan bantuan perniagaan berkonsepkan pada kadar segera dan tidak berfasa (bantuan satu kali sahaja). MVM berusaha untuk membantu dari segi kelengkapan perniagaan bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan untuk memulakan atau menambahbaik perniagaan bagi menjana ekonomi keluarga yang lebih baik.

Kriteria Perima Bantuan:

  • Isi pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah
  • Mempunyai perniagaan sendiri
  • Komited untuk menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan

Maklumat Bantuan :

Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan secara bulanan dengan kadar yang tetap untuk tempoh 12 bulan (1 tahun) dalam Tabung Bantuan Perniagaan BizStart ini.

  • Sasaran: RM44,000/setahun

Anda boleh menghulurkan sumbangan secara bulanan untuk tempoh 12 bulan (1 tahun) dengan pilihan berikut :

  • RM10
  • RM20
  • RM30
  • RM50

Sumbangan ini dibuat melalui MOLPAY iaitu sebuah sistem online payment gateway yang selamat dan mudah.

Cara Menyumbang :

  1. Klik pada butang nilai sumbangan (RM10, RM20, RM30, RM50)
  2. Isi butiran lengkap MOLPAY
  3. Tanda setuju pada terma & syarat MOLPAY
  4. Klik pada butang pay online

Harapan Kami

Kami doakan dengan setiap sumbangan yang dihulurkan ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu saudara Islam yang lebih memerlukan.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...