Sedekah Jumaat

Sila pilih amaun dibawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan bayaran derma.


Perlukan bantuan?

Kami di MVM sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi wakil kami di talian +6012-235 6854.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Sedekah Jumaat

 

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” (Riwayat al-Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan hari Jumaat sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran dan hadis. Selain hari yang mulia, Jumaat merupakan hari mustajabnya berdoa dan dihapuskan dosa. Lebih istimewa lagi apabila umat Islam berkumpul dan melakukan ibadah bersama-sama menerusi solat Jumaat.

Ketahuilah, terdapat banyak ganjaran yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk kita raih pada hari Jumaat.

Bahkan, kita digalakkan untuk melakukan beberapa amalan sunat seperti membaca Surah al-Kahfi, mandi sunat Jumaat dan seumpamanya sebagai tanda mengagungkan hari Jumaat serta mengikut sunah Nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)

Jom kita sama-sama mengamalkan sedekah setiap Jumaat dan sama-sama merebut pahala.

Anda boleh menghulurkan sumbangan secara bulanan (auto-debit) dengan pilihan berikut :

  • RM10
  • RM20
  • RM30
  • RM50

Sumbangan ini dibuat melalui MOLPAY iaitu sebuah sistem online payment gateway yang selamat dan mudah.

Cara Menyumbang :

  1. Klik pada butang nilai sumbangan (RM10, RM20, RM30, RM50)
  2. Isi butiran lengkap MOLPAY
  3. Tanda setuju pada terma & syarat MOLPAY
  4. Klik pada butang pay online

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : 017-8074337 (Cik Adawiyah)

Bersedekahlah, Inshaa Allah. Allah SWT akan melipat kaligandakan rezeki hambanya yang bersedekah.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...