Tabung Pure Heart : Bantuan Keluarga Miskin Bandar

Sila pilih amaun dibawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan bayaran derma.


Perlukan bantuan?

Kami di MVM sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi wakil kami di talian +6012-235 6854.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Pure Heart 2020 : Bantuan Keluarga Miskin Bandar

Pure Heart adalah sebuah program tahunan yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada keluarga miskin bandar di Malaysia agar dapat meneruskan kehidupan harian.

Bantuan utama program Pure Heart adalah seperti berikut :

  • Barangan asas dapur
  • Set kebersihan diri
  • Kelengkapan asas keluarga lain-lain

Selain memberi bantuan dalam bentuk barangan asasn,  program Pure Heart juga menyediakan bantuan dalam bentuk pendidikan, kesihatan dan kemahiran dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.

Antaranya adalah seperti berikut :

  • Pemeriksaan kesihatan (medical check up)
  • Kelas kemahiran memasak dan menjahit
  • Kelas pengurusan kewangan
  • Slot ceramah agama
  • Slot kesedaran keselamatan (kebakaran, First Aid Kit etc)
  • Pengurusan jenazah

Kriteria Penerima Bantuan :

  • Keluarga yang berpendapatan rendah iaitu RM2,000 ke bawah seisi keluarga.
  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam dan bukan Islam

Program ini berlangsung selama 10 bulan setiap tahun iaitu bermula pada bulan Februari sehingga November.

Maklumat Tajaan:

  • Sasaran = 150 keluarga
  • 1 Tajaan = RM80 / keluarga atau seikhlas hati

Jumlah sasaran = RM80 / sebulan
Jumlah sasaran setahun = RM120,000

Anda boleh menghulurkan sumbangan secara bulanan (auto-debit) untuk tempoh 12 bulan (1 tahun) dengan pilihan berikut :

  • RM10
  • RM20
  • RM30
  • RM50

Sumbangan ini dibuat melalui MOLPAY iaitu sebuah sistem online payment gateway yang selamat dan mudah.

Cara Menyumbang :

  1. Klik pada butang nilai sumbangan (RM10, RM20, RM30, RM50)
  2. Isi butiran lengkap MOLPAY
  3. Tanda setuju pada terma & syarat MOLPAY
  4. Klik pada butang pay online

Bagi urusan tajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi wakil MVM 012 235 6854 atau email fund@mvm.org.my.

Hubungi Kami :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia

  • Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854

Harapan kami di MVM, dengan adanya bantuan-bantuan ini, ia dapat mengukirkan senyuman bahagia dan membantu mengubah hidup sesebuah keluarga asnaf untuk lebih bersemangat menempuhi cabaran dalam kehidupan mereka.

Kami di MVM juga, berharap agar anda yang tengah membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan  kepada penerima bantuan ini. Dengan sumbangan ini, ia mampu memberi sinar harapan dan semangat untuk keluarga asnaf ini untuk meneruskan kehidupan dalam situasi ekonomi yang mencabar hari ini.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...