Tabung Kemanusiaan Rohingya

Sila pilih amaun dibawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan bayaran derma.


Perlukan bantuan?

Kami di MVM sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi wakil kami di talian +6012-235 6854.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Tabung Kemanusiaan Rohingya

Tabung Kemanusiaan Rohingya ini adalah satu inisiatif Muslim Volunteer Malaysia dalam membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan secara bulanan dalam kadar yang tetap atau dikenali sebagai “Auto debit” bagi misi bantuan kemanusiaan saudara Islam Rohingya yang diusahakan oleh Muslim Volunteer Malaysia

Antara misi bantuan kemanusiaan Rohingya yang MVM anjurkan adalah seperti berikut :

  • Misi Bantuan Kemanusiaan Anak Muda Peduli Rohingya
  • Mis Bantuan Ramadhan : Rohingya, Kami Peduli
  • Misi Bantuan Kemanusiaan Hidupkan Rohingya : Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere

Misi bantuan kemanusiaan Rohingya seperti bantuan kecemasan dan bantuan Ramadhan diadakan setiap tahun bagi memberi bantuan berterusan kepada pelarian Rohingya yang serba kekurangan dan daif. MVM juga memfokuskan bantuan jangka masa panjang seperti pembinaan sistem rawatan air SafeWhere dimana ia memberi manfaat kepada hampir 6000 pelarian Rohingya sehari untuk mendapat bekalan air bersih dan selamat di kem-kem pelarian Rohingya.

Maklumat bantuan :

Anda boleh menghulurkan sumbangan secara bulanan untuk tempoh 12 bulan (1 tahun) dengan pilihan berikut :

  • RM10
  • RM20
  • RM30
  • RM50

Sumbangan ini dibuat melalui MOLPAY iaitu sebuah sistem online payment gateway yang selamat dan mudah.

Cara Menyumbang :

  1. Klik pada butang nilai sumbangan (RM10, RM20, RM30, RM50)
  2. Isi butiran lengkap MOLPAY
  3. Tanda setuju pada terma & syarat MOLPAY
  4. Klik pada butang pay online

Harapan Kami

Kami doakan dengan setiap sumbangan yang dihulurkan ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu saudara Islam yang lebih memerlukan.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...