MVM ROVER : Winter Syria

Sila pilih amaun dibawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan bayaran derma.


Perlukan bantuan?

Kami di MVM sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi wakil kami di talian +6012-235 6854.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Misi Bantuan Musim Sejuk ke Syria.

Setiap tahun MVM akan turun ke lapangan bagi menjalankan Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang bagi membantu menambahbaik kehidupan pelarian-pelarian Syria.

Lagi membimbangkan kami dimana keadaan dunia hari ini yang dilanda pandemik Covid-19 bantuan yang diperlukan semakin tinggi untuk dihantar ke kem-kem pelarian Syria ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah nasib yang menimpa pelarian Syria yang sehingga kini masih dihujani peluru dan bom ditambah ujian Covid-19.

Perkara yang selalu bermain diminda kami apabila memikirkan pelarian Syria ini yang dilanda musim sejuk setiap tahun,

“Bagaimana keadaan saudara Syria menempuhi musim sejuk tahun ini ?”
“Masih elokkah pakaian sejuk mereka?”
“Masih cukupkah bekalan makanan mereka?”
“Masih adakah minyak petrol atau kayu api untuk pemanas mereka?”

Anak-anak pelarian ini ada yang menderita “frostbite” iaitu jari kaki atau tangan menjadi buruk membeku akibat cuaca terlampau sejuk dan tiada baju sejuk, kasut, dan stokin yang elok.

Ada anak-anak pelarian yang hanya memakai selipar atau berkaki ayam dalam keadaan suhu mencecah -6 darjah celcius !

Selain itu, bantuan selimut dan tilam-tilam tebal sangat diperlukan untuk keselesaan mereka dimusim sejuk ini apatah lagi suhu yang sangat sejuk di waktu malam.

Mereka juga amat memerlukan minyak petrol atau kayu api untuk digunakan menghidupkan pemanas dalam khemah.

Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bekerjasama dengan Malaysia For Syria bagi tahun ke-6 dalam menjayakan Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 6.0

Lokasi yang kami akan berikan bantuan ini adalah di kem-kem pelarian Syria di Sempadan Syria-Turki

Kami membuka peluang dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk kita sama-sama meringankan bebanan dan penderitaan saudara Syria tahun ini.

Maklumat Bantuan :

Sasaran : RM1,000,000

  • Pek Rezeki (Barangan Asas)
  • Pek Makanan Panas
  • Kit Musim Sejuk (Baju, Kasut, Stokin)
  • Bahan Bakar / Heater (Diesel)
  • Khemah & Karpet  
  • Bantuan Ubat-ubatan

Tarikh tutup sumbangan : Awal Januari 2022

Anda boleh menghulurkan sumbangan secara bulanan (auto-debit) dengan pilihan berikut :

  • RM10
  • RM20
  • RM30
  • RM50

Sumbangan ini dibuat melalui MOLPAY iaitu sebuah sistem online payment gateway yang selamat dan mudah.

Cara Menyumbang :

  1. Klik pada butang nilai sumbangan (RM10, RM20, RM30, RM50)
  2. Isi butiran lengkap MOLPAY
  3. Tanda setuju pada terma & syarat MOLPAY
  4. Klik pada butang pay online

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : 017-8074337 (Cik Adawiyah)

IN SHA ALLAH, bantuan anda ini dapat memberi manfaat kepada 30,000 pelarian Syria untuk menghadapi musim sejuk tahun ini.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan seikhlas hati atau hanya bantu “share” kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya Syria ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...