Tabung Bantuan Salam

Sila pilih amaun dibawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan bayaran derma.


Perlukan bantuan?

Kami di MVM sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi wakil kami di talian +6012-235 6854.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Tabung Bantuan Salam

Program Bantuan Salam MVM adalah antara inisiatif MVM dibawah segmentasi program MVM Touch yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima bantuan yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan seperti penyakit kronik. MVM berusaha untuk membantu dari segi peralatan perubatan dan keperluan lain yang bersesuaian.

Bantuan ini adalah berkonsepkan bantuan kadar segera dan tidak berfasa (bantuan satu kali sahaja).

Pemilihan keluarga penerima bantuan adalah berdasarkan kepada laporan orang awam yang diterima oleh pihak pengurusan MVM di bawah Unit Salam MVM.

Ciri-ciri keluarga yang layak menerima bantuan :

  • Pendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah sahaja
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua agama dan bangsa

Maklumat Bantuan :

MVM memperuntukkan RM14,000 sebulan bagi membantu mana-mana keluarga yang memerlukan bantuan dalam kadar segera.

  • Sasaran: RM14,000/sebulan
  • Jumlah sumbangan untuk setahun : RM14,000 x 12 = RM168,000 / setahun.

Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan ikhlas melalui Tabung Bantuan Salam ini secara bulanan dengan kadar yang tetap atau dikenali sebagai “Auto Debit”

Anda boleh menghulurkan sumbangan secara bulanan untuk tempoh 12 bulan (1 tahun) dengan pilihan berikut :

  • RM10
  • RM20
  • RM30
  • RM50

Sumbangan ini dibuat melalui MOLPAY iaitu sebuah sistem online payment gateway yang selamat dan mudah.

Cara Menyumbang :

  1. Klik pada butang nilai sumbangan (RM10, RM20, RM30, RM50)
  2. Isi butiran lengkap MOLPAY
  3. Tanda setuju pada terma & syarat MOLPAY
  4. Klik pada butang pay online

Harapan Kami

Kami doakan dengan setiap sumbangan yang dihulurkan ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu saudara Islam yang lebih memerlukan.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

Aduan Salam :

Jika anda mempunyai aduan / laporan berkenaan keluarga yang berkelayakan untuk dibantu, boleh hubungi kami di saluran berikut:


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...