Misi Bantuan Kecemasan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0

RM70,268.00 daripada RM300,000.00 sudah tercapai
23%

RM
Caj Transaksi Billplz .
Pilihan Untuk Membayar
Maklumat Penderma

Terms

Sumbangan Keseluruhan: RM100.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Misi Bantuan Kecemasan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0

SEJUKNYA SAMPAI KE TULANG, RAKYAT SYRIA KINI SEDANG BERSEDIA DENGAN SEGALA KEMUNGKINAN YANG BERLAKU.

Bagaimanalah nasib mereka menempuh musim sejuk tanpa selimut dan baju sejuk.
Malah, ramai di antara mereka yang tidak dapat lena dan menggigil teruk di malam hari akibat terlalu sejuk.

Ternyata suhu di s​ana boleh mencecah satu darjah celsius pada waktu malam dan hanya meningkat kepada tiga atau empat darjah celsius pada waktu siang.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana pelarian Syria meneruskan kehidupan dengan kekurangan bekalan makanan dan kelengkapan pakaian musim sejuk?​
Apakah anak-anak sekecil ini tahan dengan kesejukan yang mencengkam tubuh badan mereka tanpa baju sejuk yang tebal membaluti mereka?

Allahuakhbar, semoga rakyat di sana mampu mengharungi musim sejuk nanti. Kita di sini adakah hanya mahu melihat?

Rentetan dari itu, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah bekerjasama dengan Global Peace Mission Malaysia (GPM) dalam misi bantuan ini bagi mengumpul dana untuk rakyat Syria di sana.

Maklumat Bantuan :

  • Sasaran : RM300,000
  • 1 Kotak Makanan : RM100
  • 1 Helai Baju Sejuk : RM150
  • Tarikh tutup sumbangan : 31 Januari 2019

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :

  • Contoh subjek email : Misi Bantuan Kecemasan Syria

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

IN SHA ALLAH, Bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 6,000 rakyat Syria untuk menhadapi musim sejuk. Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang baju sejuk dan kotak makanan, kami juga mengalu-alukan sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang anda mampu.

HARAPAN KAMI, agar rakyat Malaysia dapat sama-sama membantu menghulurkan sumbangan agar rakyat di sana tidak kesejukan dan tidak menjejaskan kehidupan harian mereka.

Semoga kita sama-sama berpeluang untuk menuai hasilnya di akhirat kelak. Amin. Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda jugaboleh bantu dengan “share” kempen ini.