Wakaf Telaga Cianjur 2023

RM2,244 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

Misi Bantuan Hidupkan Telaga Di Cianjur : Pemulihan Sistem Telaga Masjid

 

Kita semua sedia maklum, di Cianjur pada tahun lalu telah diuji dengan gempa bumi.

Hasil daripada gegaran tersebut, telaga-telaga yang telah beroperasi di masjid turut terjejas alirannya sehingga saluran telaga tersebut tidak mengeluarkan sumber air lagi.

Hanya air yang tidak dirawat dan tercemar menjadi bekalan harian untuk meneruskan kehidupan.

Penduduk kampung mendapat bekalan air bersih (melalui sistem air telaga masjid) kerana bekalan air mereka sehingga hari ini tidak selamat.

Rakan kerjasama kami di Indonesia sendiri berasa tidak mampu menggunakan sumber air mereka kerana tidak sihat, bayangkan penduduk asal di situ.

Projek telaga dibuat secara bersistem supaya air dari telaga mempunyai simpanan & dialirkan mengikut paip.

Apakah kita hanya mahu melihat sahaja kesempitan hidup mereka tanpa rasa ingin membantu?

 

Ayuh hidupkan semula masjid-masjid disana dan berikan mereka sinar kehidupan baru.

 

Atas keprihatinan isu kemanusiaan ini, Muslim Volunteer Malaysia - MVM bekerjasama dengan ASAR untuk membaik pulih sistem air telaga  di Masjid sekitar Cianjur, Indonesia.

SUDIKAH ANDA MENGHULURKAN INFAQ/SEDEKAH HANYA RM30 ATAU SEBERAPA YANG TERMAMPU UNTUK KEMBALI MENGIMARAHKAN MASJID INI?

Maklumat Bantuan :

  • 1 Telaga : RM10,000
  • Sasaran : 5 buah telaga masjid
  • Jumlah Tajaan Diperlukan : RM50,000
  • 1 Tajaan : RM30 sahaja

Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.

Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda juga boleh bantu dengan “share” kempen ini.

Wakaf Telaga Cianjur 2023

RM2,244 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00