URGENT : Gempa Bumi Turkiye-Syria

RM143,062 of RM150,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM5,000.00

GEMPA BUMI TURKI-SYRIA

 

UPDATE TERKINI :
GEMPA KE-2 TELAH MENGEJUTKAN PENDUDUK DI SEMPADAN TURKIYE SYRIA. GEGARAN BERSKALA 6.3 ITU TELAH MEMBUAT SEMUA PENDUDUK DISANA SEMAKIN TRAUMA.

 

Sumber : USA Today

Alhamdulillah tim peninjau Gabungan NGO Prihatin Turkiye Syria (GPTS) yang sedang bertugas disana selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Kesemua penduduk disana bergegas menjauhi bangunan-bangunan berhampiran yang telah retak akibat gegaran pertama tempoh hari. Beberapa bangunan yang telah retak dilaporkan tumpas menghempap bumi setelah gegaran malam tadi.


Gabungan NGO Prihatin Turkiye Syria adalah hasil gabungan 30 NGO Malaysia dan Indonesia. 
Kami bersatu didalam satu kumpulan bagi memudahkan sebarang pergerakan 
kerja kemanusiaan dan sumbangan dihantar kesana.

"Apabila kami sampai kawasan di Gaziantep, kawasan ini seperti ghost town" kata tim peninjau GPTS sejurus sampai disana tempoh hari.

Agensi bantuan kemanusiaan United Nation mengingatkan semua pihak bahawa ratusan ribu mangsa bencana yang terselamat memerlukan bantuan makanan dan tempat berlindung dengan segera. 

Jadi wakil kami yang telah sampai kesana sekarang sedang mengagihkan makanan panas bagi mengalas perut mangsa bencana tersebut.

Inshaa Allah selimut dan juga winter tent akan diagihkan kepada mereka untuk berteduh. Mereka sekarang berteduh didalam khemah selapis canvas tepi jalan dan ada juga yang tidur didalam kereta masing-masing.

Berkhemah selapis canvas dilapangan,

Berteduh dalam kereta ditepi jalan,

Tiada makanan untuk mengalas perut yang lapar,

90% kedai disana terpaksa ditutup,

Bekalan elektrik, air dan makanan tiada,

Menahan kesejukan dibawah suhu 0 degree.

Kuatnya mereka menghadapi ujian!

 

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"

 Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan   sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648 0164 7699
  • Reference :Gempa Turki-Syria

 

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

 

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

 

“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” 

Riwayat Muslim (2699)

 

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

 

 

 

 

 

 

 

URGENT : Gempa Bumi Turkiye-Syria

RM143,062 of RM150,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM5,000.00