“Tolong Lindungi Liza..”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

"Tolong Lindungi Liza.."

Usianya baru menginjak 3 tahun, tapi perlu menghadapi kesakitan yang teramat. Siapa sangka anak comel ini sebenarnya merupakan penghidap paru-paru kronik sejak usianya 1 tahun 6 bulan.

Simptomnya bermula dengan demam panas yang mencecah sehingga 40'C. Sepanjang tempoh demam, Adik Liza menunjukkan tingkah laku pelik yang mana dia hanya akan tidur sahaja setiap masa tanpa makan dan minum walaupun sudah dikejut berkali-kali.

Ketika usianya 9 bulan pula, ibunya mula mengesan simptom terbaharu Adik Liza iaitu nafasnya berbunyi. Setelah mendapatkan rawatan doktor, Adik Liza disahkan pula menghidap asma kronik. Allahuakhbar.

Anda boleh baca kisah penuh mengenai anak syurga ini di sini : https://mvm.org.my/activity/bantuan-salam-tolong-lindungi-liza-antara-hidup-dan-mati

Rentetan daripada kisah Adik Liza ini, kami terpanggil untuk membantu Adik Liza mendapatkan kehidupan yang lebih baik walaupun terpaksa menghadapi kesakitan.

SUDIKAH ANDA BERKONGSI REZEKI DENGAN ADIK LIZA?

Maklumat Tajaan: 

  • 1 Tajaan : RM30 sahaja
  • Sasaran : RM3740

Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas untuk membantu Adik Liza dapat meneruskan kehidupan lebih sempurna seperti kanak-kanak yang lain.

Kami juga tidak mengehadkan jumlah sumbangan yang hendak diberikan. Anda boleh menghulurkan seberapa sahaja sumbangan ikhlas yang termampu.

Semoga usaha kita ini dapat membuatkan Adik Liza terus tersenyum dan membuatkan orang sekelilingnya riang dengan keletah manjanya.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...