Langgan Newsletter Kami
Dapatkan kisah inspirasi misi kemanusiaan aktiviti sukarelawan dan bagaimana anda boleh berbakti bersama kami.
Tangisan Derita Danish Iman - Bantuan Perubatan Diperlukan Segera.
Adik Danish Iman berusia 2 tahun dan menghidap penyakit paru-paru kronik dan Proximal Tracheomalacia (saluran kerongkong sempit) yang memerlukan alat bantuan pernafasan sepanjang masa.
Walaupun keluarga ini telah mendapat bantuan zakat dan JKM, ia masih tidak mencukupi untuk menampung kos perubatan dan perbelanjaan anak-anak mereka.
Puan Suhana, ibu Danish Iman hanya seorang surirumah dan suaminya pula bekerja sebagai pemandu "GrabCar" yang berpendapatan kurang daripada RM2,000.
Menurut Puan Suhana, beliau bukan saja terpaksa berbelanja kira-kira RM2,000 untuk kos susu khas anaknya itu, malah perlu menanggung kos tiub khas bagi saluran penafasan Danish Iman yang mencecah hingga RM900.
In sha Allah, pihak MVM membuka tajaan untuk membantu adik Danish Iman dalam membeli alatan perubatan berikut :
1) Oximeter (RM1,350)
2) Portable Oxygen Concentrator (RM4500)
Jumlah sasaran dana yang diperlukan adalah sebanyak RM5,850
Kami mohon bantuan rakyat Malaysia untuk turut sama membantu adik Danish Iman agar beliau mampu meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain yang sihat dan ceria.
Sedekahlah seberapa sahaja anda mampu atau bantu share kempen ini kepada keluarga dan sahabat anda.