Tajaan Dodol Untuk Keluarga Asnaf Pure Heart MVM Ramadhan 2018.

RM2,431 of RM12,000 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM15.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Tajaan Dodol Untuk Keluarga Asnaf Pure Heart MVM Ramadhan 2018.

Projek Dodol MVM ini bertujuan untuk mendekatkan jurang antara keluarga asnaf dengan orang ramai. Ia juga untuk membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal dan memeriahkan sambutan Ramadhan bersama dengan masyarakat setempat. Selain itu, ia juga dapat meluaskan jalinan jaringan bersama persatuan, kelab dan agensi-agensi lain.

MVM Kacau Dodol telah menjadi program tahunan MVM Ramadhan. In sha Allah pada tahun ini, dodol akan diedarkan kepada 300 keluarga asnaf Pure Heart, surau dan masjid sekitar Puchong.

Program Kacau & Edar dodol tahun ini akan dijalankan bersama dengan Volunteer MVM, keluarga asnaf “Pure Heart MVM” dan juga penduduk sekitar Puchong bertempat di SK Puchong Perdana.

Maklumat Tajaan :

a) Tajaan 800 dodol
1 tajaan = RM 15
RM 15 x 800 pek dodol = RM 12,000

Anda boleh memberi sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

➳ Maybank (56480 164 7699)
➳ CIMB (8602 5378 07)
➳ Bank Islam (1230 0010 0030 65)
➳ Email : account@mvm.org.my

Sebarang pertanyaan atau tajaan korporat, boleh hubungi/whatsApp kami :

  • Wakil MVM - 012-235 6854

Harapan kami di MVM, dengan adanya bantuan-bantuan ini, ia dapat mengukirkan senyuman bahagia dan mengeratkan silaturrahim antara masyarakat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kami di MVM juga, berharap agar anda yang tengah membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan  kepada penerima bantuan ini.

Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” HR. Muslim, no. 2588


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...