Taharah COVID-19 : Sanitasi Masjid Dan Surau

RM47,729 of RM200,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Taharah COVID-19 : Sanitasi Masjid Dan Surau

Musim PKP tahun ini telah menyebabkan banyaknya masjid dan surau terjejas akibat penularan COVID-19 yang melanda di Malaysia dimana masjid dan surau ini terpaksa ditutup atas faktor keselamatan bersama agar penularan ini dapat diputuskan.

Sejak masjid dan surau telah dibenarkan untuk dibuka dengan pematuhan SOP, pihak AJK masjid dan surau ini telah mula membuat pembersihan di dalam masjid dan surau untuk kegunaan masyarakat setempat. Dan kami dimaklumkan ada sesetengah masjid dan surau tidak mempunyai dana yang cukup untuk melakukan pembersihan yang menyeluruh didalam kawasan masjid dan surau mereka.

Oleh itu, atas rasa tanggungjawab, MVM telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu projek bersama bagi membantu masjid-masjid dan surau ini disamping menyokong usaha kerajaan memutuskan penularan wabak COVID-19 ini iaitu dengan membuat pembersihan sanitasi Masjid dan Surau di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Sehubungan dengan itu juga, kami telah berbincang dengan rakan kerjasama kami mengenai prosedur-prosedur untuk membersihkan masjid dan surau ini agar mengikut SOP yang ditetapkan.

Prosedur Proses Mikrob :

  1. Pemakaian PPE diwajibkan sebelum dan semasa proses pembasmi kuman dijalankan jika kawasan tersebut terjejas oleh virus COVID-19.
  2. Penyediaan lengkap yang berkualiti tinggi disediakan dalam pembasmian kuman ini dilaksanakan di tempat yang terjejas.
  3. Pembasmian akan dimulakan di tempat yang tinggi risiko kuman merebak iaitu di tombol pintu, meja, tetikus, papan kekunci dan telefon.
  4. Semua alatan elektrik perlu ditutup semasa pembasmian kuman dijalankan. Proses misting akan bermula.
  5. 'Lockdown' mengambil masa 90 minit semasa proses mikrob ini dilakukan. Semasa proses mikrob dijalankan, semua penghawa dingin dan pengudaraan perlu ditutup dan selepas 'Lockdown' selesai, penghawa dingin dan pengudaraan juga perlu ditutup untuk mengekalkan semula udara yang asal.

Jumlah target tempat yang telah dibincangkan untuk pembersihan ini adalah sebanyak 150 masjid dan surau.

Projek ini adalah kerjasama diantara Muslim Volunteer Malaysia, Clean Hero dan Kengkawan Project.

Maklumat Bantuan :

  • Pembersihan (Sanitize) Masjid dan Surau (misting & wiping)

Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Tajaan 1 Masjid : RM750

Jumlah keseluruhan dana : RM 200,000.00

#Bonus Voucher Diskaun Untuk Cuci Clean Hero

  • 5% off discount untuk yang menderma RM50-200
  • 10% off discount untuk yang menderma RM300 keatas

Terma syarat :

1. Sah digunakan untuk servis cucian karpet & fabrik professional (sofa/tilam/kusyen kereta) sahaja.

2. Servis sah untuk yang tinggal di kawasan KL, Seremban & Johor Bahru.

3. Baucer ini sah digunakan untuk pembelian minimum RM150 untuk 1 transaksi

4. Setiap transaksi pembelian hanya boleh menggunakan 1 baucer sahaja.

5. Baucer ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

6. Sah digunakan sehingga 31 Disember 2020 sahaja.

 

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : Taharah Covid19

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd"Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

Harapan kami adalah semoga projek ini dapat membantu usaha membasmi dan memutuskan rantaian wabak COVID-19 yang menular di negara kita.Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus saling bantu-membantu dan sentiasa menyokong kerja-kerja amal yang dilakukan bagi mereka yang memerlukan ini.Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

 


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...