Tabung Untukmu Malaysia 2.1 – Bantuan COVID-19 Asnaf

RM19,929 of RM133,333 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway BayarCash .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Tabung Untukmu Malaysia 2.1-Covid-19

Tabung Untukmu Malaysia 2.1 merupakan sebuah program kebajikan anjuran Muslim  Volunteer Malaysia (MVM) di bawah  segmentasi MVM Relief dimana program ini memfokuskan bantuan-bantuan kecemasan dan kelangsungan hidup bagi meringankan beban masyarakat Malaysia yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar dengan adanya ujian wabak Covid-19 seluruh dunia. Dalam tempoh Perintah kawalan pergerakan amat mencabar bagi golongan kurang bernasib baik seperti asnaf B40, gelandangan, anak-anak yatim, OKU, dan pelarian.

Tambahan pula, masyarakat sedia maklum ramai antara rakyat Malaysia yang kini hilang punca pendapatan dalam tempoh PKP. Apa yang lagi membimbangkan kami, cukupkah bekalan makanan dan keperluan harian mereka bersama keluarga dan anak-anak?

Kami di Muslim Volunteer Malaysia sangat aktif menyalurkan bantuan hasil sumbangan dan amanah rakyat Malaysia kepada golongan yang memerlukan ini pada setiap tahun.

Insha Allah, kami terus berusaha sedaya upaya untuk memberikan bantuan keperluan harian kepada mereka yang terjejas sepanjang penularan wabak COVID-19 ini.

Kami dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk terus menghulurkan sumbangan ikhlas kepada golongan asnaf B40, rumah kebajikan, OKU, frontliners dan pelarian ini dalam Misi Bantuan Kecemasan : Tabung Untukmu Malaysia 2.1 - Covid19.

Jenis Bantuan :

  • Pek Rezeki (Barangan asas dapur) : RM150/keluarga
  • Pek Kebersihan (Sabun, shampoo, handsanitizer, facemask dll) : RM100/keluarga
  • Kelengkapan perubatan / hospital : RM100/tajaan
  • Bantuan Keperluan Bayi : RM100/tajaan
  • Pendidikan (Persekolahan anak-anak miskin bandar) : RM100/tajaan
  • Bantuan ekonomi : RM100/tajaan
  • Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Sasaran dana yang diperlukan : RM1,600,000

Tarikh tutup sumbangan : 31 Disember 2021

Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Untukmu Malaysia 2.1
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd." 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan kami, semoga dengan bantuan kali ini memberi sedikit keselesaan, meringankan beban dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang kini sedang diuji dalam kesusahan.

Kami doakan Allah swt memberkati segala rezeki kita bersama dan memberi kemudahan kepada kita untuk bersama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Amin.

Tabung Untukmu Malaysia 2.1 – Bantuan COVID-19 Asnaf

RM19,929 of RM133,333 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway BayarCash .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...