Tabung Untukmu Malaysia 2.1 (Mac) – Bantuan Bencana Asnaf

RM883 of RM41,660 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

Tabung Untukmu Malaysia 2.1 (Mac) - Bantuan Bencana Asnaf

Tabung Untukmu Malaysia 2.1 - Bencana merupakan sebuah program kebajikan anjuran Muslim  Volunteer Malaysia (MVM) di bawah  segmentasi MVM Relief dimana program ini memfokuskan bantuan-bantuan kecemasan Bencana seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, gempa bumi dan lain-lain.

Kita sedia maklum juga pada awal tahun ini telah banyak kejadian yang berlaku disebabkan bencana iaitu banjir besar di Pahang, Johor Terengganu dan Kelantan yang mengakibatkan kerosakan kediaman, harta benda, tanah runtuh dan kerosakan jalan raya serta ada juga yang meragut nyawa.

Oleh itu, tabung ini adalah tabung khas bagi bantuan kecemasan bencana alam untuk disalurkan kepada mereka yang sangat memerlukan.

Kami di MVM dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk terus menghulurkan sumbangan ikhlas kepada mereka yang terjejas akibat bencana yang berlaku di negara kita.

Jenis Bantuan :

  • Pek Rezeki (Barangan asas dapur) : RM150/keluarga
  • Pek Kebersihan (Sabun, shampoo, handsanitizer, facemask dll) : RM100/keluarga
  • Kelengkapan perubatan / hospital : RM100/tajaan
  • Bantuan Keperluan Bayi : RM100/tajaan
  • Bantuan Baik Pulih Infrastruktur : RM100/tajaan
  • Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Sasaran dana yang diperlukan : RM500,000

Tarikh tutup sumbangan : 31 Disember 2021

Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Untukmu Malaysia 2.1
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd".

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Bayarcash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan kami, semoga dengan bantuan kali ini memberi sedikit keselesaan, meringankan beban dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang kini sedang diuji dalam kesusahan.

Kami doakan Allah swt memberkati segala rezeki kita bersama dan memberi kemudahan kepada kita untuk bersama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Amin.

 

Tabung Untukmu Malaysia 2.1 (Mac) – Bantuan Bencana Asnaf

RM883 of RM41,660 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00