Untukmu Malaysia 2.1 – Bantuan COVID-19 Asnaf

RM352,804 of RM500,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

Misi Bantuan Covid-19 : Untukmu Malaysia 2.1 memfokuskan bantuan-bantuan kecemasan dan kelangsungan hidup bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Kita sedia maklum ramai antara rakyat Malaysia yang kini kehilangan punca pendapatan dan dibebani komitmen kewangan, sehingga memberi kesan besar kepada keseluruhan hidup mereka.

Apa yang lagi membimbangkan kami, cukupkah bekalan makanan dan keperluan harian mereka bersama keluarga dan anak-anak?

Dalam konteks reaksi segera, MVM telah membuka permohonan bantuan kelangsungan hidup.

Kami menerima lebih 1000 permohonan bantuan dalam masa kurang 24 jam daripada golongan B40 dan juga M40 yang hilang punca pendapatan.

Ini langkah untuk mengurangkan lagi banyak individu terjebak dalam dimensi baharu kemiskinan.

Malah, kami ingin membantu individu mengatur semula langkah untuk kembali membina kehidupan mereka pada waktu pandemik ini.

Selain itu, kami juga mengambil inisiatif untuk turut membantu fasiliti hospital bagi membolehkan rawatan pesakit Covid-19 dapat diberikan rawatan dengan kadar segara.

Kami dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk terus menghulurkan sumbangan ikhlas kepada golongan asnaf, B40, M40 yang hilang punca pendapatan, barisan frontliners dan masyarakat yang terjejas dalam Misi Bantuan Covid-19 : Untukmu Malaysia 2.1

Maklumat bantuan :

Bantuan Keluarga 

  • Barang asas dapur (RM150)
  • Kit Kebersihan (RM50)
  • Barangan bayi (RM100)

Bantuan Fasiliti Hospital

  • ICU Ventilator (RM 120,000)
  • Portable Ventilator (RM 58,000)
  • High Floor Nasal Cannula (RM28,000)
  • Bed Hospital (RM4,500)
  • ICU Bed (RM23,000)
  • Syringe Pump (RM3,500)
  • Infusion Pump (RM3,500)
  • N95 Mask (RM7.50)

Sasaran dana yang diperlukan : RM500,000
Tarikh tutup sumbangan : 31 Disember 2021

Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Bantuan Covid-19
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan kami, semoga dengan bantuan kali ini memberi sedikit keselesaan, meringankan beban dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang kini sedang diuji dalam kesusahan.

Kami doakan Allah swt memberkati segala rezeki kita bersama dan memberi kemudahan kepada kita untuk bersama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Amin.

Untukmu Malaysia 2.1 – Bantuan COVID-19 Asnaf

RM352,804 of RM500,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00