Langgan Newsletter Kami
Dapatkan kisah inspirasi misi kemanusiaan aktiviti sukarelawan dan bagaimana anda boleh berbakti bersama kami.
Tabung Kebajikan MVM adalah salah satu inisiatif untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta membantu dalam operasi menggerakkan projek kebajikan dan kemanusiaan anjuran Muslim Volunteer Malaysia.
Muslim Volunteer Malaysia adalah sebuah NGO yang memfokuskan bantuan kepada golongan B40 dan Asnaf yang berpendapatan dibawah RM4,000 seisi rumah dan juga golongan pelarian akibat peperangan dan penindasan diluar negara.
Selain itu, kami juga membangunkan komuniti sukarelawan MVM yang aktif turun padang bagi menjayakan projek-projek MVM sepanjang tahun. Sukarelawan MVM akan menerima latihan asas sukarelawan dan bertindak sebagai duta kecil MVM.
Inisiatif dana terkumpul dari Tabung Kebajikan MVM akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek berikut :
Sempena bulan Ramadan dan Syawal ini, kami mensasarkan dana sebanyak RM168,000 bagi menampung kos-kos operasi Projek Kebajikan yang lebih telah dirancang sepanjang bulan yang mulia ini.
Maklumat Bantuan :
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.