Edisi Ramadan 2022 – Tabung Kebajikan MVM

RM19,150 of RM168,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM20.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

[10 HARI TERAKHIR]

REBUT SEDEKAH DI 10 MALAM AKHIR RAMADAN SELAGI MASIH DIBERI PELUANG ...

Kita tahu ada sesetengah di kalangan masyarakat kita yang tersepit dalam cabaran hidup terutama sekali golongan asnaf B40 dan miskin bandar. Masih ada diantara mereka yang bertungkus lumus bekerja namun tidak mendapat bayaran yang setimpal dengan kerjanya bagi menyara kehidupan mereka. Malah ada juga di kalangan warga emas yang tidak mampu bekerja kerana tiada peluang pekerjaan buat mereka untuk sara hidup mereka.

Justeru itu, dengan rasa tanggungjawab dan keprihatinan, MVM bertekad untuk meneruskan misi bantuan ini bagi menggerakkan kerja-kerja dan projek kebajikan demi keperluan hidup (makanan dan perubatan) asnaf dan miskin bandar, bencana alam seperti banjir dan gempa bumi dan projek kebajikan sukarelawan seperti aktiviti penambahbaikan dan pembersihan di surau / masjid, rumah-rumah asnaf, pantai-pantai, zoo negara, rumah-rumah kebajikan, rumah-rumah orang tua dan sebagainya.

Setiap projek kebajikan dan kemanusiaan yang dijalankan memerlukan kos operasi dan logistik yang sangat tinggi. 

Secara am, berikut adalah inisiatif dana terkumpul dari Tabung Kebajikan MVM akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek :

  • Bantuan Kesihatan & Perubatan
  • Bantuan Asas Makanan & Pakaian
  • Bantuan Kecemasan & Kemanusiaan
  • Bantuan Ekonomi
  • Bantuan Pendidikan
  • Bantuan Baikpulih Rumah
  • Bantuan Infrastruktur & Tempat Pelindungan
  • Bekalan Utiliti
  • Alam Sekitar & Komuniti
  • Latihan Kesukarelawanan

Sejak tahun lepas sahaja, projek yang MVM telah jalankan sebanyak 262 dan bilangan penerima manfaat luar dan dalam negara adalah sebanyak 20,000 telah diberikan dan pada tahun ini kami mensasarkan lebih ramai lagi penerima manfaat yang dapat dibantu.

Namun begitu, kos perbelanjaan dalaman dan logistik seperti kos pengangkutan, kos perjalanan, kos peralatan dan kelengkapan keselamatan petugas dan sukarelawan dan lain-lain juga amat tinggi menyebabkan pergerakkan aktiviti bantuan menjadi lebih terhad.

Bagaimana Anda Boleh Bantu?

Kami ingin mengajak orang ramai untuk turut serta menghulurkan sumbangan ke dalam Tabung Edisi Ramadan 2022 Tabung Kebajikan MVM agar petugas dan sukarelawan MVM mampu menjalankan kerja-kerja amal kebajikan dan kemanusiaan ini dengan lebih lancar, efektif dan dipermudahkan Allah swt pada bila-bila masa dalam kadar yang segera sepanjang bulan Ramadan ini. In sha Allah.

Maklumat Bantuan :

  • Sasaran : RM168,000.00 
  • Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun
  • 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

 Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan       sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648 0164 7699
  • Reference : Tabung Kebajikan

Harapan kami

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

Edisi Ramadan 2022 – Tabung Kebajikan MVM

RM19,150 of RM168,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM20.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.