Tabung Perniagaan Asnaf BizStart 2019

RM4,455 of RM44,000 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM10.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Tabung Perniagaan Bizstart 2019

Tabung Bantuan Perniagaan adalah salah satu inisiatif baru Muslim Volunteer Malaysia pada tahun 2019 ini dalam menjayakan objektif MVM untuk membangunkan ekonomi penerima bantuan yang berkelayakan.

Tabung Bantuan Perniagaan ini akan sentiasa dibuka selama setahun dan dana yang terkumpul akan disumbangkan kepada penerima bantuan yang berkelayakan untuk menampung kos keperluan perniagaan mereka.

Kriteria Penerima Bantuan:

  • Isi pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah
  • Mempunyai perniagaan sendiri
  • Komited untuk menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan

Antara jenis bantuan perniagaan yang diberi :

  • bahan mentah perniagaan (tepung, gula, minyak, beras dll)
  • peralatan berniaga (khemah, meja, kerusi dll)
  • perkakas dapur (oven, microwave, kuali, dapur gas dll)
  • Alatan menjahit (mesin jahit dll)
  • Bantuan lain-lain yang diperlukan mengikut perniagaan asnaf yang berkelayakan itu sendiri

Maklumat Tajaan:

  • Sasaran: RM60,000/setahun

Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas melalui Tabung Bantuan Perniagaan ini.

Kami juga tidak mengehadkan jumlah sumbangan yang hendak diberikan. Anda boleh menghulurkan seberapa sahaja sumbangan ikhlas yang termampu.

Semoga dengan adanya Tabung Bantuan Perniagaan ini, ia dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi keluarga penerima bantuan melalui perniagaan untuk meneruskan hidup dan menyara keluarga.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...