Kindness 4 Chumnik : Bantuan Madrasah Anak Yatim, Kg. Chumnik, Kemboja
Projek Kindness 4 Chumnik adalah projek kerjasama diantara MVM x HNSB kemanusiaan untuk memberikan bantuan kepada Madrasah Anak-anak Yatim di Kampung Chumnik.
Keadaan asrama madrasah anak yatim Kg. Chumnik
Kenapa Bantu Penduduk & Anak Yatim Kampung Chumnik, Kemboja?
Kampung Chumnik merupakan sebuah kampung pedalaman yang terletak di daerah Kroch Chmar, wilayah Tboung Khmom, Kemboja.
Masa perjalanan ke Kampung Chumnik mengambil masa selama 4 - 5 jam dari Phom Penh.
Anggaran penduduk Kampung Chumnik adalah seramai 2,000 keluarga dan beragama Islam.
Anak-anak yatim Madrasah Kg. Chumnik
Ini jelas terbukti dengan kewujudan beberapa masjid di kampung ini. Majoriti penduduk disini adalah petani dengan menanam jagung dengan pendapatan hanya RM400 / bulan
Realiti rumah pondok yang sangat daif menjadi tempat mereka berlindung
Kg. Chumnik antara pusat penyebaran agama Islam di negara Kemboja dengan adanya madrasah-madrasah untuk mengajar agama kepada penduduk kampung.
Bukan itu sahaja, ia juga menjadi pusat pelindungan kepada anak-anak yatim dan miskin untuk mendapat pendidikan terutamanya pendidikan rohani iaitu agama Islam.
Atas rasa tanggungjawab untuk kita membantu dakwah Islam di negara majoriti bukan Islam ini, MVM bersama Halaman Nurani Volunteers (HNSB) berusaha untuk menambah baik kelengkapan dan keperluan Madrasah Anak Yatim Kampung Chumnik.
Gotong royong pertama menambahbaik madrasah anak yatim Kg. Chumnik
Projek ini sudah memasuki kali ke-4 dimana proses penambahbaikan kampung ini telah dijalankan secara berperingkat. Projek ini juga telah mendapat sambutan baik dan sokongan dari kedutaan Malaysia di Kemboja.
In sha Allah, #VolunteerMVM dan HNSB Volunteers akan berangkat ke Kemboja pada 24 - 29 November 2019 ini untuk bergotong-royong menambahbaik madrasah ini dan menghantar bantuan amanah dari rakyat Malaysia.
Sudikah anda bersama-sama kami membantu anak-anak yatim dan saudara Islam di Kampung Chumnik ini?
Antara jenis bantuan yang amat diperlukan :
- Pembinaan Bilik Mandi : pembinaan bagi 103-200 orang anak yatim dan asnaf
- Peralatan Asrama : Tilam, bantal, selimut, rak buku, meja belajar, kelambu, kipas, lampu dan rak baju.
- Mengecat Sekolah / Madrasah : Mengecat asrama anak-anak yatim dan asnaf.
- Membersihkan Kawasan Persekitaran Sekolah/Madrasah : Mewujudkan ruangan yang kondusif
- Dana yang diperlukan : RM60,000
- 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati
Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas.
Boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut:
- Maybank : 5648-0164-7699
- CIMB Islamik : 8602 5378 07
- Bank Islam : 1230 0010 0030 65
- Email : account@mvm.org.my
Kami doakan dengan setiap sumbangan yang dihulurkan ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan, dakwah dan kemanusiaan untuk membantu saudara Islam yang lebih memerlukan.
Bantu kami untuk "share" kempen bantuan ini juga agar lebih ramai yang dapat membantu. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita bersama. Amin.
Semoga segala urusan ini dipermudahkan. Kami mohon agar rakyat Malaysia terus mendoakan kami untuk terus diberikan kekuatan demi membantu mereka yang memerlukan.