Tajaan Eksplorasi Deria & Jam Bersuara Untuk Orang Buta

RM2,146 of RM7,155 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Pilihan Untuk Membayar
Maklumat Penderma

Terms

Sumbangan Keseluruhan: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

SMTG 8.0 - Tajaan Jam Bersuara & Ekplorasi Deria Untuk Orang Buta.

Program Social Media The Gathering MVM dibawakan khas oleh MVM untuk memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Untuk SMTG kali ke-8 ini, kami telah bekerjasama dengan Malaysian Foundation of The Blind (MFB) untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap realiti kehidupan orang-orang buta di Malaysia 

Program SMTG 8.0 - Celik Hati ini, kami akan membawa 30 orang buta melawat dan eksplorasi alam fauna dan flora di Farm In The City, Seri Kembangan.

Satu fakta masyarakat kurang sedari, ramai golongan orang buta yang langsung tidak mengetahui bagaimana bentuk haiwan, tumbuhan, makanan, dan lain-lain.

Atas keprihatinan ini, kami membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan ikhlas atau tajaan dan sama-sama meraikan orang-orang buta ini dalam aktiviti kemasyarakatan di Farm In The City pada 10 Mac 2018.

Bukan itu sahaja, kami juga bercadang untuk menghadiahkan keychain Jam Bersuara untuk memudahkan orang-orang buta ini mengetahui waktu dan menguruskan kerja harian mereka.

Maklumat Tajaan :

  • Tajaan Keychain Jam Bersuara (Sasaran Sudah Tercapai) 

Tanpa kita sedar, orang-orang buta mengalami kesukaran untuk mengetahui waktu dengan tepat bagi urusan seharian. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan keychain Jam Bersuara buat mereka yang kuran bernasib baik ini.

Sasaran : RM1,115

1 Tajaan : RM35 sahaja

Anda boleh menghulurkan tajaan sebanyak RM30 atau sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu.

  • Tajaan Eksplorasi Deria 

Tajaan Eksplorasi Deria ini termasuk :

  • Tiket masuk Farm In The City (30 peserta)
  • Sewa bas pengangkutan untuk orang buta
  • Makan pagi dan tengahari
  • T-shirt khas
  • Tag pengenalan

Sasaran : RM6,000
Terkumpul : RM952
Berbaki : RM5,048

1 Tajaan : RM30 sahaja

Anda boleh menghulurkan tajaan sebanyak RM30 atau sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu.

Kami mohon bantuan rakyat Malaysia untuk turut sama membantu dan meraikan orang-orang buta di negara ini agar mereka tidak berasa tersisih dan boleh meneruskan kehidupan dan mencipta kejayaan seperti orang biasa.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala usaha dan jasa baik anda.