Agihan Rezeki Untuk Tetangga
Sempena Ramadan
Alhamdulillah pada Ramadan yang lepas, kami telah mengagihkan pek makanan asas kepada B40 di seluruh negeri hasil dari sumbangan orang ramai. Terima Kasih kami ucapkan kepada kalian yang sudi berkongsi rezeki bersama rakyat Malaysia yang memerlukan.
Agihan barangan asas seperti ini masih lagi diteruskan. Bukan sahaja pada bulan Ramadan kerana masih ada lagi rakyat Malaysia yang mengikat perut kerana tidak cukup wang untuk membeli barangan asas.
Jadi kami mengambil inisiatif pada Ramadan tahun ini untuk mempercepatkan agihan pek barangan asas bagi membolehkan mereka merasai sambutan suasana Ramadan itu. (Agihan akan dibuat pada minggu awal Ramadan)
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Anda juga boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :
|
IN SHA ALLAH, bantuan anda ini dapat memberi manfaat kepada tetangga kita disini.
Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan seikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara kita yang mengharapkan belas ihsan kita semua.
Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita.
Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.