Ramadan Kita – DEKO&KOPI X MVM

RM20,431 of RM26,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

Edisi Ramadan 2022 - Ramadan Kita MVM x DEKO & KOPI

Muslim Volunteer Malaysia bersama Deko & Kopi telah membuka satu kempen sumbangan iftar ramadan bersama iaitu "Ramadan Kita MVM X DEKO KOPI”.

Program Ramadan Kita yang bakal dilaksanakan dapat memberikan kegembiraan serta meringankan beban mereka yang terkesan dengan Pandemik COVID-19. Dengan ini diharapkan juga, dapat melahirkan lebih ramai masyarakat yang prihatin dengan keadaan masyarakat setempat yang kurang bernasib baik.

Objektif penganjuran Program Ramadan Kita merupakan salah satu inisiatif untuk membantu dan berkongsi rezeki buat mereka yang memerlukan.

Program Ramadan Kita akan berkongsi pek berbuka puasa bersama mereka yang memerlukan merangkumi keluarga asnaf, gelandangaan dan pusat kebajikan. Penerima bantuan ini adalah seramai 2,000 keluarga asnaf dan miskin bandar disekitar Puchong.

Jangkaan serahan bantuan adalah sebanyak 2,000 pek berbuka puasa dan akan dilaksanakan pada 5 April 2022 sehingga 24 April 2022.

Justeru itu, Muslim Volunteer Malaysia dengan rendah hati ingin mengajak anda bersama kami dalam menyumbang di kempen ini demi berkongsi makanan untuk mereka berbuka puasa disamping bersama mengejar pahala berlipat-kali ganda di bulan Ramadan penuh keberkatan nanti.

Jenis Bantuan :

  • Iftar Ramadan (Pek Berbuka Puasa)

Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Sasaran dana yang diperlukan : RM3,000

Tarikh tutup sumbangan : 24 April 2022

Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Ramadan Kita
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd".

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Bayarcash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan kami, semoga dengan bantuan kali ini memberi sedikit keselesaan, meringankan beban dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang kini sedang diuji dalam kesusahan.

 

Ramadan Kita – DEKO&KOPI X MVM

RM20,431 of RM26,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00