Langgan Newsletter Kami
Dapatkan kisah inspirasi misi kemanusiaan aktiviti sukarelawan dan bagaimana anda boleh berbakti bersama kami.
Kempen Feed The Future ini memfokuskan kepada anak-anak yang tidak dapat cukup makanan bernutrisi lengkap dari kalangan keluarga asnaf dan miskin bandar.
Semasa kami membuat tinjauan, kebanyakan anak ini langsung tidak makan makanan berkhasiat untuk sarapan pagi, tengah hari mahupun malam.
Mereka mengisi perut dengan makan makanan ringan, snek tidak berkhasiat dan juga air berperisa yang tidak sihat.
Antara punca keadaan ini berlaku :
Jika tidak dibendung dari awal, anak-anak ini berisiko :
✅ Perkembangan mental terganggu.
✅ Tercicir dalam pelajaran akibat kurang daya tumpuan.
✅ Emosi tidak stabil.
✅ Kesihatan fizikal terjejas.
✅ Mudah mengidap penyakit.
Bayangkan, apa akan jadi kepada anak-anak ini seandainya kita tidak bantu mereka?
Sebagai permulaan, kempen ini dianjurkan pada skala kecil terlebih dahulu dengan pemantauan efektif bagi melihat impak dan perkembangan anak-anak ini.
Tidak dinafikan, anak-anak ini adalah pewaris negara kita suatu hari nanti.
Mereka ini perlu dibantu agar isu-isu kritikal seperti masalah mental, fizikal & emosi dapat diatasi seawal mungkin.
Jadi, dalam usaha kita membendung masalah di atas, kami percaya pemakanan yang sihat untuk anak-anak asnaf ini perlu dibaiki dan dibantu terlebih dahulu.
Bentuk agihan makanan “Feed the Future” edisi Ramadan adalah seperti berikut:
Pada hari biasa (bukan pada bulan Ramadan), kami menyediakan set makanan tengahari, snek ringan beserta susu dan buah untuk anak-anak
______________________________________________________
Sasaran = RM150,000
Serendah RM 20, anda sudah boleh
menaja 1 orang kanak-kanak asnaf.
Seandainya anda ada lebihan rezeki, anda boleh kongsi rezeki RM 100 ke atas, agar lebih ramai kanak-kanak asnaf dan miskin bandar dapat dibantu.
Siapa tahu, asbab perkongsian rezeki kali ini, anda & ahli keluarga diberi kesihatan yang baik, terhindar daripada musibah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Amin
______________________________________________________
______________________________________________________
Klik butang "DONATE NOW" untuk meneruskan sumbangan anda.
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
|
Semoga Allah terima dan redha amal sedekah kita di platform MVM ini. Doakan kami untuk terus berbakti dilapangan kebajikan ini bersama anda yang Allah pilih untuk membaca seruan ini. In sha Allah.
______________________________________________________