Pure Heart Ramadan : Tajaan Iftar Keluarga Asnaf MVM

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Pure Heart Ramadan : Tajaan Iftar Keluarga Asnaf MVM

Ramadan kini tiba lagi. Syukur kepadaNya kerana kita masih berpeluang untuk merasai nikmat bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Setiap tahun MVM akan meraikan keluarga-keluarga asnaf Pure Heart MVM dengan jamuan berbuka puasa, solat tarawikh dan slot kerohanian bersama-sama.

MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut bersama menaja pek iftar dan pek kurma kepada keluarga asnaf MVM yang terdiri daripada golongan berpendapatan RM1,500 ke bawah.

Jika bukan kita, siapa lagi yang boleh bantu mereka yang lebih susah ini?

Maklumat bantuan adalah seperti berikut :

  • Pek Iftar & Pek Kurma
  • Sasaran : RM6,700
  • 1 tajaan keluarga : RM50 sahaja
  • Tarikh tutup sumbangan : 10 Mei 2019

In sha Allah, seramai 550 penerima manfaat yang akan diraikan bagi jamuan iftar Pure Heart pada tahun ini di SK Puchong Indah.

Kami doakan agar segala sedekah anda mendapat barakah dari Allah swt dan menjadi saham di akhirat nanti.

Bantu "share" kempen ini bersama kepada sahabat dan keluarga anda.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

 

Pure Heart Ramadan : Tajaan Iftar Keluarga Asnaf MVM

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.