Pure Heart Oktober (Fasa 2) – Bantuan Keluarga Miskin Bandar

RM5,703 of RM22,500 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Pure Heart 2020 : Bantuan Keluarga Miskin Bandar

Pure Heart adalah sebuah program tahunan yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada keluarga miskin bandar di Malaysia agar dapat meneruskan kehidupan harian.

Bantuan utama program Pure Heart adalah seperti berikut :

  • Barangan asas dapur
  • Set kebersihan diri
  • Kelengkapan asas keluarga lain-lain

Barangan asas dapur yang diberikan adalah seperti berikut :

  • Beras
  • Minyak masak
  • Gula & garam
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Lauk basah (ayam dan/atau lain-lain)

Selain memberi bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas hidup,  program Pure Heart juga menyediakan bantuan dalam bentuk pendidikan, kesihatan dan kemahiran dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.

Antaranya adalah seperti berikut :

  • Pemeriksaan kesihatan (medical check up)
  • Kelas kemahiran memasak dan menjahit
  • Kelas pengurusan kewangan
  • Slot ceramah agama
  • Slot kesedaran keselamatan (kebakaran, First Aid Kit etc)
  • Pengurusan jenazah

Kriteria Penerima Bantuan :

  • Keluarga yang berpendapatan RM4,000 ke bawah untuk seisi keluarga.
  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam dan bukan Islam

Pada tahun 2020 ini, MVM mensasarkan bantuan kepada golongan keluarga miskin bandar yang menetap di PPR (flat kos rendah) di sekitar KL dan Selangor.

Program ini berlangsung selama 10 bulan setiap tahun iaitu bermula pada bulan Februari sehingga November. Ia akan dijalankan untuk 2 fasa.

  • Lokasi Fasa 1 : SK Kota Damansara Seksyen 7
  • Lokasi Fasa 2 : PPR Lembah Subang

Maklumat Tajaan:

  • Sasaran = RM22,500 / sebulan
  • Sasaran keluarga = 150 keluarga
  • 1 Tajaan Pek Barangan dapur = RM150 / keluarga
  • 1 Tajaan Umum = RM30 sahaja atau seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : Pure Heart MVM

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd." 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Bagi urusan tajaan korporat, boleh hubungi wakil MVM 012-2356854 (Azizi) atau email fund@mvm.org.my.

Hubungi Kami :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia

  • Tel: +603-8074 0434 / 012-235 6854

Harapan kami di MVM, dengan adanya bantuan-bantuan ini, ia dapat mengukirkan senyuman bahagia dan membantu mengubah hidup sesebuah keluarga asnaf untuk lebih bersemangat menempuhi cabaran dalam kehidupan mereka.

Kami di MVM juga, berharap agar anda yang tengah membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan  kepada penerima bantuan ini. Dengan sumbangan ini, ia mampu memberi sinar harapan dan semangat untuk keluarga asnaf ini untuk meneruskan kehidupan dalam situasi ekonomi yang mencabar hari ini.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...