Bantuan Barangan Asas Pure Heart 2018

RM11,433.87 daripada RM240,000.00 telah tercapai
RM
Pilihan Untuk Membayar
Maklumat Penderma

Terms

Sumbangan Keseluruhan: RM80.00

Bantuan Barangan Asas Pure Heart 2018

Tahun 2018 ini Muslim Volunteer Malaysia meneruskan program tahunan kami iaitu Bantuan Tajaan Keluarga Asnaf, Pure Heart MVM 2018.

Pure Heart adalah sebuah program tahunan yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada warga Malaysia yang terpilih agar dapat meneruskan kehidupan harian dalam bentuk barangan bantuan asas dan bantuan perniagaan kepada yang terpilih.

Bantuan asas ini akan diberikan keutamaan kepada keluarga yang berpendapatan rendah iaitu RM1,500 ke bawah. Bantuan perniagaan pula diberikan kepada keluarga penerima bantuan terpilih. Program ini berlangsung selama 10 bulan.

Pada tahun 2017 yang lepas, kami telah memilih keluarga Puan Yuliana iaitu penerima bantuan Pure Heart di SK Puchong Utama 1 untuk dibantu dalam perniagaan mereka. Boleh baca kisah lanjut & laporan program keluarga penerima bantuan di: https://mvm.org.my/activity/jejak-mahabbah-3-0-alhamdulillah-puan-yuliana-mula-berniaga-di-bazar-ramadhan

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan ikatan kemesraan berpanjangan antara satu sama lain diantara penerima dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan harapan kebajikan keluarga akan dijaga berterusan.

Berbeza pada tahun 2018 ini, MVM telah menambah 2 lagi inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti beg sekolah, botol minuman, dan alat tulis.

Pada tahun ini, MVM telah bekerjasama dengan SK Puchong Perdana untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga penerima bantuan dimana anak mereka belajar di sekolah ini.

Lebih istimewa lagi pada tahun 2018 ini, MVM juga merancang untuk mengadakan bantuan mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang terpilih. In sha Allah, semoga ia dipermudahkan Illahi.

Maklumat Tajaan :

➳ 1 Tajaan RM80 = 1 keluarga.
➳ Sasaran = 300 keluarga
➳ Jumlah sasaran = RM24,000 / sebulan atau RM240,000 / 10 bulan

Pilihan Tajaan :

Tajaan Sebulan :

  1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM80 sebulan
  2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM240 sebulan
  3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM480 sebulan
  4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM800 sebulan

Tajaan Setahun (10 bulan) :

  1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM800 untuk setahun
  2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM2,400 untuk setahun
  3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM4,800 untuk setahun
  4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM8,000 untuk setahun

Bagi urusan tajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi Encik Yazid – 013 588 2796 atau email fund@mvm.org.my

Hubungi Kami :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia

  • Tel: +603-8074 0434 / Yazid 013-588 2796

Harapan kami di MVM, dengan adanya bantuan-bantuan ini, ia dapat mengukirkan senyuman bahagia dan membantu mengubah hidup sesebuah keluarga asnaf untuk lebih bersemangat menempuhi cabaran dalam kehidupan mereka.

Kami di MVM juga, berharap agar anda yang tengah membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan  kepada penerima bantuan ini. Dengan sumbangan ini, ia mampu memberi sinar harapan dan semangat untuk keluarga asnaf ini untuk meneruskan kehidupan dalam situasi ekonomi yang mencabar hari ini.