PROJEK SALAM :
BANTUAN ALAT PENDENGARAN KEPADA KANAK-KANAK B40
Kos untuk membeli sebuah alat pendengaran adalah sangat tinggi. Seperti yang kita sedia maklum, pendengaran amat penting untuk perkembangan pertuturan dan pembelajaran kanak-kanak.
Kami sangat tersentuh apabila ada kanak-kanak oku pendengaran dari keluarga asnaf yang tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Kebanyakan puncanya adalah kerana mereka tidak cukup duit untuk membeli alat bantu dengar.
Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada saudara kita yang memerlukan alat bantu dengar ini.
- Sasaran awal : RM100,000
- 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Kami doakan setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat buat anda dan keluarga serta membantu kelangsungan hidup lebih baik untuk saudara se Islam kita. Amin.