PROJEK SALAM : Bantuan Kerusi Roda Khas Untuk Adik Nuh & Adik Aidil

RM8,978 of RM15,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

PROJEK SALAM :

" Semoga dengan kerusi roda khas ini dapat membantu Adik Nuh & Adik Aidil menjalankan kehidupan yang ceria seperti kanak-kanak lain"

 

BANTUAN KERUSI RODA KHAS UNTUK ADIK NUH & ADIK AIDIL.

Ini adik Aidil. 

Sebelum dia mengalami cerebral palsy (CP), adik Aidil seorang anak yang aktif dan ceria.

Tapi setelah peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya, adik Aidil tidak lagi aktif dan ceria seperti dulu. Malah adik Aidil tidak lagi dapat berjalan dan hanya terbaring kaku setiap masa.

Peristiwa hitam pernah menimpa anak syurga ini, dijumpai lemas dalam baldi di bilik air rumahnya pada tahun lepas. Sewaktu dijumpai, Aidil sudah tidak sedarkan diri. Mulutnya sudah biru tapi masih bernafas. Bawa terus ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Maliha, Langkawi bagi mendapatkan rawatan CPR. Doktor beritahu jantungnya telah berhenti tetapi masih dapat diselamatkan.

Namun sejak itu, peristiwa tersebut memberi kesan kepada otak dan sarafnya. Adik Aidil didapati mengalami gangguan saraf dan menghidap CP. Kedua-dua belah matanya sudah kabur penglihatan dan saraf belakang badannya terjejas teruk. Adik Aidil hanya mampu minum susu sahaja menggunakan tiub.

Akibat kekangan wang, ibu bapanya meminjam sementara kerusi roda khas di pusat rehab hospital.

Ini pula adik Nuh.

Dia disahkan menghidap Down Syndrome selepas lahir dan menghidap Thyroid pada umur 1 tahun. Pernah di masukkan ke wad selama 2 hari 2 malam untuk masukkan tiub.

Sekarang masih menjalani rawatan susulan untuk Thyroid 3 bulan sekali dan fisioterapi sebulan sekali di Hospital Nurzahirah. Setakat ini doktor tidak menyarankan untuk membuat pembedahan.

Berbanding dengan adik Aidil, adik Nuh boleh bergerak dengan merangkak  dan aktif tetapi perlu didikung untuk bergerak ke tempat lain. Dia juga mempunyai kad OKU dan mendapat bantuan PDK melalui JKM.

Bapa adik Nuh bekerja sebagai tukang kayu dan ibunya tidak bekerja. Semua pengurusan dan penjagaan diuruskan oleh ibubapanya. Dengan ekonomi keluarga mereka sekarang, agak susah untuk mereka mengumpul duit untuk membeli kerusi roda khas buat Nuh. Adik Nuh memerlukan bantuan kerusi roda khas, susu dan pampers.

Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada saudara kita yang memerlukan ini.

  • Sasaran awal : RM15,000
  • 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Kerusi Roda Khas

Harapan kami

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

 


 

 

PROJEK SALAM : Bantuan Kerusi Roda Khas Untuk Adik Nuh & Adik Aidil

RM8,978 of RM15,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.