Sahabat Al Quran Januari 2020 : Kelas Mengaji Anak Miskin Bandar

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Projek MVM Edu: Sahabat Al-Quran 

Kelas Sahabat Al-Quran  adalah projek kerjasama bersama Yayasan Maghfirah. Ia berfokuskan pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain secara PERCUMA kepada anak-anak miskin bandar yang tinggal di PPR (Perumahan Kos Rendah) sekitar KL dan Selangor.

Kelas ini bukan sahaja menekankan pendidikan Al-Quran dari sudut bacaan dan tajwid tetapi turut memasukkan kefahaman mengenai isi Al-Quran, praktikal fardhu ain, dan kefahaman Islam agar dapat dipraktikan dalam kehidupan harian dan melahirkan anak-anak yang berakhlak dan mempunyai adab yang mulia.

Perkataan kelas "Sahabat Al-Quran" dipilih dan digunakan adalah bertujuan untuk mengajak dan mendidik masyarakat agar menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dan teman setia di dalam kehidupan mereka tidak kira dimana mereka berada.

Hal ini selari dengan sabda Rasulullah saw,

"Bacalah oleh kalian Al-Quran. Kerana ia (Al-Quran) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa'at bagi orang-orang yang rajin membacanya." (HR. Muslim 804)

Kelas SAQ ini memberi peluang kepada anak-anak miskin bandar yang berusia antara 6-13 tahun yang tinggal di sekitar PPR KL & Selangor.

Antara modul yang akan dipelajari adalah seperti berikut :

Minggu 1 : Tajwid & tafsir
Minggu 2 : Hadith & Akidah
Minggu 3 : Sirah Tokoh & Ibadah
Minggu 4 : Palestin di Hati (Modul Khas)

Pelajar juga akan diraikan dengan satu Majlis Khatam Al-Quran setelah tamat pengajian Al-Quran nanti.

Kelas Sahabat Al-Quran ini akan diadakan sebanyak :

  • 2 kali seminggu selama 2 jam bersamaan 8 sesi pembelajaran untuk sebulan.

Sasaran pelajar : 200 orang

Maklumat Bantuan:

Antara kos yang terlibat bagi menjayakan Kelas Sahabat Al-Quran ini adalah seperti berikut :

  • Elaun guru mengaji Al-Quran
  • Sagu hati sukarelawan
  • Operasi menggerakkan program dan tempat
  • Bahan bantu mengajar seperti bahan bacaan, cetakkan, dan lain-lain.
  • Pembangunan modul pengajian

Jumlah Keseluruhan Kempen: RM240,000 (setahun)

Anda boleh menaja anak-anak ini untuk mengaji Al-Quran selama sebulan, setahun atau hanya 1 sesi pembelajaran. Berikut adalah pilihan tajaan :

  • 1 Tajaan Pelajar sebulan : RM100
  • 1 Tajaan Pelajar setahun : RM1,200
  • 1 Tajaan Pelajar untuk 1 sesi pembelajaran : RM12.50

Kami juga mengalu-alukan tajaan seikhlas hati dan seberapa sahaja yang anda termampu bagi membolehkan anak-anak miskin bandar ini meneruskan pengajian Al-Quran.

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
 
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn.Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan kami agar kita turut sama dapat membantu meraikan anak-anak kita yang susah dan amat memerlukan pembelajaran yang lebih menarik dan tersusun di Malaysia ini.

Bantu kami untuk "share" kempen bantuan ini juga agar lebih ramai yang tahu dan dapat turut serta menjayakan program ini.. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita bersama. Amin.

Kami mohon agar rakyat Malaysia terus mendoakan kami untuk terus diberikan kekuatan demi menambah nilai hidup masyarakat.

Sahabat Al Quran Januari 2020 : Kelas Mengaji Anak Miskin Bandar

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.