Projek Bubur Lambuk & Iftar : Rezeki Ramadan Siswa MVM x UM

RM10,919 of RM15,000 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM10.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Projek Bubur Lambuk & Iftar : Rezeki Ramadan Siswa MVM x UM

Alhamdulillah, Ramadan kini telah tiba dan istimewa tahun ini, MVM ingin meraikan Ramadan bersama mahasiswa dari Universiti Malaya dalam Projek Bubur Lambuk.

Program Bubur Lambuk merupakan program amal MVM 2019 yang berintipkan kemeriahan untuk menyambut Bulan Ramadan.

Objektif program ini adalah antaranya :

  1. Mengimarahkan suasana di bulan Ramadan bersama sukarelawan dan mahasiswa universiti.
  2. Menggalakkan aktiviti sukarelawan dalam kalangan mahasiswa universiti
  3. Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan amal jariah sama ada dari segi wang ringgit atau tenaga agar dapat sama-sama bantu mengurangkan belanja mahasiswa untuk membeli juadah berbuka.

MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut bersama menaja dan memberi sumbangan ikhlas bagi program Bubur Lambuk MVM 2019.

Maklumat bantuan seperti berikut:

Sasaran : RM 15,000

  • Pek bubur lambuk
  • Pek Iftar
  • 1 Tajaan = RM 10.00 sahaja
  • Jumlah sasaran dana yang diperlukan = RM15,000
  • Tarikh tutup sumbangan : 16 Mei 2019

Di anggarkan seramai 1,500 orang mahasiswa akan mendapat manfaat daripada Projek Bubur Lambuk ini.

Kami doakan agar segala sedekah anda mendapat barakah dari Allah swt dan menjadi saham di akhirat nanti.

Bantu "share" kempen ini bersama kepada sahabat dan keluarga anda.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

 

 

 


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...