Projek Ayam Untuk Rakyat Asnaf & Miskin Bandar

RM23,355 of RM3 million raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM9.90

Projek Ayam Untuk Rakyat

Projek Ayam Untuk Rakyat adalah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Syarikat Anugerah Hikmah Consultancy & Services dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia bagi meraikan keluarga asnaf dan miskin di Malaysia untuk menikmati juadah lauk ayam.

Masyarakat sedia maklum, ramai antara rakyat Malaysia khususnya golongan B40 yang terjejas pendapatan serta ekonomi keluarga. Mereka amat memerlukan bantuan dan sokongan daripada rakyat Malaysia yang prihatin dan berkemampuan.

Kenapa Bantuan Ayam?

Siapa sahaja yang tidak suka makan ayam terutamanya kanak-kanak? Berdasarkan pengalaman kami menguruskan bantuan untuk keluarga-keluarga yang memerlukan ini, lauk ayam antara lauk yang paling murah untuk dibeli tetapi masih ramai yang masih tidak mampu.

Kami tidak sanggup membiarkan masih ramai yang makan nasi dengan garam sahaja.

Jadi, kami mengambil inisiatif ini untuk mengajak orang ramai untuk menghulurkan bantuan serendah RM9.90 sahaja untuk 1 pek ayam (900g - 1kg) kepada 1 buah keluarga penerima bantuan.

Maklumat bantuan :

Sasaran bantuan : 500,000 buah keluarga asnaf, miskin bandar dan rumah kebajikan sekitar KL, Selangor, Putrajaya

  • Taja 1 pek ayam (900g - 1kg) = RM9.90 shj / keluarga
  • Taja 4 pek ayam (900g - 1kg) = RM39.90
  • Anda juga boleh taja seikhlas hati (masukkan nilai sumbangan dalam ruangan kotak di atas)

Sebagai contoh, 1 keluarga mempunyai purata 5 orang ahli keluarga.

Jadi, RM9.90 hasil sumbangan anda telahpun memberi manfaat kepada 5 orang ahli keluarga yang memerlukan.

Jika anda menaja RM39.90 anda telah memberi manfaat kepada 4 keluarga bersamaan 20 orang ahli keluarga yang memerlukan.

Anda boleh hulurkan sumbangan dengan tekan butang "DONATE NOW" 

Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Ramadan Malaysia
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd." 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Tuan/Puan, nilai RM6.00 ini mungkin kecil dimata kita yang berkemampuan, namun amat besar nilainya untuk keluarga asnaf dan miskin ini.

Harapan kami, kita dapat sama-sama terus berkongsi rezeki dengan rakyat Malaysia yang hidup susah tidak kira muslim atau non-muslim.

Kami doakan Allah swt memberkati segala usaha kebajikan kita bersama dan memberi ganjaran pahala berlipat kali ganda. Amin.

 

Projek Ayam Untuk Rakyat Asnaf & Miskin Bandar

RM23,355 of RM3 million raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM9.90