PROJEK AFGHANISTAN : Kelas Jahitan

RM1,110 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM200.00

PROGRAM AFGHANISTAN :

KELAS KEMAHIRAN JAHITAN IBU TUNGGAL

 

"Sistem kesihatan dan ekonomi di Afghanistan diambang keruntuhan", kata Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) di negara itu", Mary-Ellen McGroarty. "Afghanistan kini diambang sukar. Kita belum pernah melihat krisis sebegini pada kadar dan skala ini,"

katanya dalam persidangan video dari ibu negara Afganistan, Kabul." - (laporan oleh Berita Harian, 7 Oktober 2021)

Wanita yang menjadi ketua keluarga adalah paling teruk terjejas apabila melibatkan pengangguran dan kemiskinan. Mereka menjadi ketua keluarga selepas suami atau ahli keluarga lelaki mereka maut dalam serangan/peperangan.

Sebelum suaminya meninggal, mereka tiada pendapatan sendiri dan hanya bergantung kepada lelaki untuk apa sahaja dan segala-galanya. Jika ada yang bekerja, jumlah yang diberhentikan juga tinggi disebabkan krisis ekonomi semasa.

Kira-kira 2.5 juta balu secara keseluruhan dan lebih 50,000 tinggal di kawasan Kabul sahaja. Kebanyakannya buta huruf dan tidak berpendidikan. Peluang kerja untuk mereka sangat terhad akibat dari kekurangan pendidikan.

Jadi mereka hanya mempunyai peluang mencari duit dengan kemahiran asas demi mengalas perut keluarga.

Pertubuhan Kebajikan & Perkhidmatan Sosial Ehsas telah menubuhkan Pusat Latihan Jahitan untuk 6
bulan yang dibiayai oleh Global Peace Mission (GPM) & Muslim Volunteer Malaysia (MVM).

Kemahiran asas jahitan membolehkan wanita bekerja dari rumah. Mereka boleh meneruskan peranan mereka sebagai suri rumah dan memperoleh pendapatan menerusi perniagaan sendiri dirumah dan menjahit pakaian orang ramai dalam komuniti. Menjahit adalah sesuatu yang wanita boleh segera bermula terus dari rumah  dan mereka juga akan dihadiahkan sebuah mesin jahit bagi setiap peserta setelah tamat kursus.

Pertubuhan Kebajikan & Perkhidmatan Sosial Ehsas memulakan satu pusat jahitan dengan 20 biji mesin jahit dan 20 pelajar di Daerah Kabul ke-15. 

Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada saudara Islam kita di Afghanistan yang sedang membanting tulang demi sesuap makanan.

  • Sasaran awal : RM100,000
  • 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati

Sasaran penerima manfaat : 20-25 orang wanita (setiap individu akan mendapat kursus jahitan selama 6 bulan dan sebuah mesin jahit)

Lokasi bantuan : Kabul dan 18 buah wilayah yang berlainan iaitu Nangarhar, Laghman, Logar, Kandahar, Paktia Ghazni, Herat, Badakhshan, Maidan W, Takhar, Kunduz, Samangan, Baghlan, Balkh, Parwan, Kapisa & Bamyan.

Hulurkan sumbangan anda klik butang "Donate Now"

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

[Riwayat Muslim (4689)]

Kami doakan setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat buat anda dan keluarga serta membantu kelangsungan hidup lebih baik untuk saudara Islam di Afghanistan. Amin.

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648 0164 7699
  • Reference : Kelas Jahitan

PROJEK AFGHANISTAN : Kelas Jahitan

RM1,110 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM200.00