Program Fantasains: Bengkel Sains Dan Matematik Anak Miskin Bandar

RM1,248 of RM8,400 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Program Fantasains: Bengkel Sains Dan Matematik Anak Miskin Bandar

Projek MVM Edu : FantaSains 

Program FantaSains adalah program kerjasama bersama Yayasan Maghfirah dan AJAR. Program ini fokusnya adalah bagi menyampaikan ilmu sains yang didasari dengan nilai-nilai Islam serta menggunakan gaya pendidikan yang santai dan menyeronokkan.

Selain itu, program FantaSains ini tujuannya juga untuk meningkatkan minat dan kefahaman STEM di kalangan pelajar yang berada dalam sosio ekonomi kategori miskin bandar.

Modul pelajaran FantaSains direka selaras dengan kurikulum standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan nilai tambah pada kaedah pelaksanaan yang berkonsepkan interaktif serta penerapan nilai saintifik dan nilai murni di sepanjang program.

Antara aktiviti yang terdapat dalam program FantaSains ialah eksplorasi, demonstrasi, eksperimen di luar buku teks, aktiviti main peranan bagi penyelesaian masalah, dan juga persembahan kreatif berunsurkan sains.

Di samping membantu pelajar menguasai topik-topik pembelajaran, penekanan akan turut diberikan terhadap penerapan nilai murni agar hasil pembelajaran yang diperolehi pelajar lebih holistik dan mengesankan.

Program ini disasarkan untuk pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah.

Maklumat Program :

Tarikh Program FantaSains bersama MVM Tahun 2020:

29 Feb 2020 (Sabtu)
28 Mac 2020 (Sabtu)
29 Ogos 2020 (Sabtu)
25 Oktober 2020 (Ahad)

  • Tempoh pelaksanaan : Sekali setiap bulan selama setahun (Nov 2019 - Dis 2020)
  • Masa Program : 9am - 1.30pm
  • Peserta sasaran : Berusia 8 - 13 tahun
  • Jumlah peserta : 50 orang
  • Tempat : Dewan PPR / Pusat Komuniti / Masjid / Surau

Maklumat Bantuan:

Antara kos yang terlibat bagi menjayakan program FantaSains ini adalah seperti berikut :

  • 3 Modul dan 1 moderator
  • Elaun fasi (7 orang)
  • Bahan dan radas eksperimen
  • Makan minum pagi
  • Pengurusan dan operasi

Sasaran sebulan : RM 8,600.00

  • 1 Tajaan pelajar : RM30

Kami juga mengalu-alukan tajaan seikhlas hati dan seberapa sahaja yang anda termampu bagi membolehkan anak-anak miskin bandar ini merasai pembelajaran ilmu sains yang menyeronokkan.

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

 

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn.Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan kami agar kita turut sama dapat membantu meraikan anak-anak kita yang susah dan amat memerlukan pembelajaran yang lebih menarik dan tersusun di Malaysia ini.

Bantu kami untuk "share" kempen bantuan ini juga agar lebih ramai yang tahu dan dapat turut serta menjayakan program ini.. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita bersama. Amin.

Kami mohon agar rakyat Malaysia terus mendoakan kami untuk terus diberikan kekuatan demi menambah nilai hidup masyarakat.

 

 


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...