Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Misi Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Misi Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0

In sha Allah, pada 23-31 Mei 2019 ini, 4 orang petugas Muslim Volunteer Malaysia akan berangkat ke Kem Pelarian Syria di sempadan Turki - Syria bagi menghantar sendiri bantuan bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0

Petugas kami terdiri daripada 3 unit yang penting bagi memastikan misi ini berjalan lancar iaitu 1 petugas dari unit program dan koordinasi, 2 petugas dari unit media dan 1 petugas dari unit sumber manusia.

Setiap unit memainkan peranan seperti berikut :

  1. Program & Koordinasi : Bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan misi berjalan lancar seperti yang dirancang dan bekerjasama dengan rakan NGO dalam dan luar negara yang turut menjayakan misi ini bersama.
  2. Media : Membuat liputan media dan hebahan aktiviti sebelum, semasa dan selepas misi bantuan dijalankan bagi menyampaikan informasi terkini kepada para penyumbang, sukarelawan dan rakyat Malaysia. Unit media terdiri daripada jurufoto dan wartawan media.
  3. Sumber manusia : Bertanggungjawab memastikan pengurusan perjalanan, fasiliti, kewangan dan keselamatan petugas sepanjang misi berlangsung.

Bantu Kami Mengumpul Dana Perjalanan & Operasi sebanyak RM20,000

Seperti yang anda sedia maklum, MVM adalah sebuah Non-profit Organisation (NGO) dimana kami perlu mencari dan mengumpul dana bagi menggerakan misi-misi kemanusiaan dan program kebajikan.

Dana yang diperlukan bukan sahaja untuk dana bantuan kepada mereka yang memerlukan tetapi juga dana operasi yang amat kritikal untuk membolehkan kami menguruskan segala misi dan program yang dirancangkan dengan jayanya.

Hal ini amat penting untuk memastikan segala amanah rakyat Malaysia untuk kami sampaikan kepada saudara pelarian Syria dapat diuruskan dengan baik, jujur dan telus.

Atas sebab ini, kami dengan rendah hati memohon bantuan anda untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos perjalanan dan operasi untuk 4 orang petugas MVM menjalankan amanah dan tanggungjawab di Turki dan Syria dengan lancar.

Maklumat Bantuan :

Dana RM20,000 ini adalah bagi menampung kos perjalanan, penginapan, dan makanan selama 9 hari misi dijalankan.

  • 1 tajaan : RM30 sahaja
  • Tarikh tutup sumbangan : 23 Mei 2019
  • Anda juga boleh menghulurkan sumbangan seberapa sahaja yang termampu iaitu RM100, RM50, RM30, RM10 atau seikhlas hati.

Boleh hantarkan resit sumbangan ke email account@mvm.org.my dengan subjek "Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Syria Ramadan Mission"

atau whatsApp ke 012-237 6854 (Azizi)

Harapan dan Doa Kami

Harapan kami agar ramai yang dapat membantu kami dan sama-sama turut serta mendoakan kejayaan misi kali ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Misi Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.