PASCA BANJIR : Back To School

RM2,474 of RM10,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00

AYUH BANTU ANAK MANGSA BANJIR UNTUK KE SEKOLAH.

 

[TERKINI] :
ALHAMDULILLAH, RUMAH MEREKA SUDAH PULIH DAN MEREKA KEMBALI MENJALANKAN RUTIN HARIAN.

 

AKAN TETAPI...

ANAK-ANAK YANG MEMASUKI TANGGAL PERSEKOLAHAN AGAK SEDIH KERANA BAJU SEKOLAH DAN PERALATAN SEKOLAH MEREKA DITENGGELAM OLEH AIR BANJIR TEMPOH HARI.

 

Barang penting juga tidak sempat diselamatkan, inikan pula barang persekolahan. Ada yang baru dibeli tetapi sudah dihanyut bersama banjir. Banjir tempoh hari berlaku terlalu laju dengan sekelip mata sahaja kata penduduk kampung disana.

Jadi kami mengambil inisiatif untuk membuka tajaan baju dan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mangsa banjir tempoh hari supaya mereka kembali bersemangat untuk kesekolah semula.

Pada 14 Januari 2023 lepas, kami telah ke Kelantan untuk shopping barang sekolah bersama anak-anak disana. Seramai 120 anak-anak telah mendapat set barangan sekolah masing-masing (Set lengkap pakaian sekolah, kasut dan stokin, beg).

 

Inshaa Allah pada bulan March nanti kita kan ke Terengganu dan Perak pula untuk sesi shopping kelengkapan sekolah bersama anak-anak disana pula. Richwell dan Munchys juga telah menaja dalam kempen Back To School ini.

 

Sama-sama kita bantu mereka, ringankan beban yang dihadapi. Semoga Allah swt permudahkan segala urusannya.

Oleh itu, kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk salurkan dana bantuan kembali ke sekolah kepada anak-anak ini supaya mereka lebih bersemangat untuk ke sekolah setelah mendapat kelengkapan baru.

  • 1 Set Lengkap : RM150
  • Tajaan umum : RM30 atau seikhlas hati
  • Sasaran kempen : RM10,000 

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • Reference : Back To School

Harapan kami

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

 

 

 

PASCA BANJIR : Back To School

RM2,474 of RM10,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00