Nana Mahazan – Untukmu Malaysia (Bantuan Sara Hidup Asnaf)

RM1,790 of RM10,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00

Ayuh, lipatgandakan amalan sedekah buat mereka yang memerlukan.

 

Setiap kali team kami turun padang, pasti kami akan sama-sama merenung berfikir akan nasib rakyat Malaysia yang sedang kesempitan hidup. Rupanya, masih ramai yang hidup 'nyawa-nyawa ikan'.

Kami di MVM menjadi saksi bagaimana peritnya rasa sebuah kehilangan insan tercinta, musnahnya harta benda dan tertutupnya punca rezeki untuk keluarga yang selama ini pernah gembira dikala anak-anak yang lain bahagia membesar dengan segala keperluan yang cukup.

Sungguh besar dugaan mereka dan hanya mereka yang melalui dugaan ini sahaja yang mampu faham dan mengerti.

 

Dalam rezeki anda pasti ada rezeki mereka bersama.

 

Oleh sebab itu, MVM meneruskan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan pada tahun ini dalam kempen Untukmu Malaysia.

Siapa yang kita akan bantu dalam kempen ini?

  • Sahabat-sahabat gelandangan
  • Keluarga asnaf B40 di seluruh Malaysia
  • Orang asli
  • OKU
  • Anak-anak yatim
  • Warga emas di rumah orang tua

Apa yang kita akan bantu mereka?

  • Barangan asas dapur
  • Kelengkapan harian

 

Bagaimana anda boleh membantu menceriakan Ramadan dan Raya bersama rakyat Malaysia yang menderita hari ini?

 

  • 1 tajaan umum serendah RM20 sahaja
  • Pek Barang Asas dapur - RM150 / keluarga
  • Pek Berbuka Puasa - RM100 / keluarga
  • Bantuan Shopping Baju Raya - RM200 / keluarga
  • Sasaran bantuan : RM500,000

Kami dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk memperbanyakkan bersedekah pada malam-malam terakhir Ramadan ini dan bersama-sama kami berkongsi sedikit kebahagiaan bersama rakyat Malaysia yang sedang mengalami penderitaan hidup.

Klik butang "sumbang sekarang" untuk meneruskan sumbangan anda.

"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh.”

(QS. Al-Munafiqun: 10)

Kami doakan Allah terima dan redha amal sedekah kita di platform MVM ini. Doakan kami untuk terus berbakti dilapangan kebajikan ini bersama anda yang Allah pilih untuk membaca seruan ini. In sha Allah.

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648 0164 7699
  • Reference : Untuk Malaysia Ramadan

 

Nana Mahazan – Untukmu Malaysia (Bantuan Sara Hidup Asnaf)

RM1,790 of RM10,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00