Nana Mahazan – Misi Bantuan Ramadan Syria Kami Datang

RM4,027 of RM10,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00

PELUANG TAJA BARANG DAPUR UNTUK PELARIAN SYRIA 

 

Nana menyeru, rebutlah peluang untuk bersedekah kepada mereka. Pelarian di Syria hidup dalam serba kekurangan.

 

Ketika kita di Malaysia sedang bergembira bersama keluarga, berbeza pula di Syria yang sering hidup dalam ketakutan. Disebabkan sering berlaku krisis masalah negara dan ekonomi, ramai rakyat mereka yang terjejas teruk dan menjadi pelarian di negara sendiri.  Mereka seolah-olah warga asing yang dilayan penuh hina.

Dengan keadaan yang terlalu dhaif dan sulit buat mereka di sana, kami sentiasa mengusahakan bermacam jenis bantuan untuk meringankan beban mereka.

MVM masih meneruskan lagi misi tahun ini iaitu usaha kemanusiaan untuk menghantar bantuan kepada pelarian-pelarian Syria di sempadan Syria-Turki.

Bayangkan mereka disana hidup kais pagi makan pagi tanpa kemudahan asas yang mencukupi. Ramai yang kebuluran malah ada yang mati akibat daripada kekurangan tersebut. Apatah lagi untuk persediaan di bulan Ramadan ini. Cukup membimbangkan.

Justeru itu, tahun 2022 ini, MVM masih meneruskan lagi Misi Bantuan Syria Kami Datang  dengan kerjasama sahabat NGO kami iaitu Malaysia For Syria (MFS), dan Bonyan Organisation demi meraikan saudara-saudara kita di Syria.

Objektif misi Syria kali ini:  

  • Memberikan bantuan makanan kepada golongan pelarian Syria dengan berpaksikan segmentasi MVM Relief bagi meringankan beban mangsa perang di Syria.
  • Mengurangkan masalah kelaparan dalam kalangan pelarian Syria selari dengan sasaran Pembangunan Mampan (SDG), sasaran kedua, sifar kelaparan.
  • Mengenal pasti bentuk bantuan jangka masa panjang yang boleh diberikan kepada pelarian Syria.

Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 20,000 orang pelarian Syria dewasa & kanak-kanak.

Lokasi Bantuan : 

  • Kem-kem pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
  • Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo
  • Kem-kem pelarian di Sempadan Turki – Syria

Sudikah anda berkongsi rezeki bersama pelarian Syria ini?

Bantuan Diberikan:

Syria:

  • Pek rezeki (Barangan asas dapur) (RM150)
  • Pek Iftar dan Sahur (Pek Makanan panas) (RM50)
  • Pek Riang Ria (Baju raya & alat mainan untuk anak yatim Syria) (RM100)
  • Pek Kebersihan (Sabun, Shampoo etc.) (RM50)

Sasaran keseluruhan kempen : RM300,000.00

Sasaran ikon : RM10,000

  • 1 Tajaan Umum : RM30 sahaja / keluarga atau seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6017-8074337 (Adawiyah)

IN SHA ALLAH, bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 20 000 pelarian Syria demi kelangsungan hidup mereka disana.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Nana berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya di Idlib Syria ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

 

 

 

 

 

Nana Mahazan – Misi Bantuan Ramadan Syria Kami Datang

RM4,027 of RM10,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00