MVM ROVER : Winter Syria

RM150,065 of RM500,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM200.00

Tahun 2022 ini adalah tahun ke-6

MVM menganjurkan Misi Bantuan Musim Sejuk ke Syria.

 

Alhamdulillah semoga lagi banyak rumah, sekolah, makanan, keperluan asas dan fasiliti-fasiliti lain dapat diagihkan kepada mereka.

Terima kasih kepada penyumbang yang sudi menyumbang kepada saudara kita di Syria, kita telah berjaya menubuhkan perkampungan bagi mereka untuk tinggal dengan lebih selesa.

Berkat dari sumbangan kalian, Alhamdulillah mereka tidak lagi tinggal di bawah khemah. Dan semoga kita dapat bantu lagi ramai saudara disana untuk dapatkan tempat berteduh yang selesa seperti ini. Inshaa Allah, jika dana masih berterusan seperti biasa, kita akan menambah rumah lagi di perkampungan ini.

Musim sejuk sudah tidak lama mahu kembali lagi.

Bagaimana pula nasib mereka yang masih tinggal dibawah khemah untuk hadapi ribut salji kelak?

Perkara yang selalu bermain diminda kami apabila memikirkan pelarian Syria ini yang dilanda musim sejuk setiap tahun,

"Bagaimana keadaan saudara Syria menempuhi musim sejuk tahun ini ?"
"Masih elokkah pakaian sejuk mereka?"
"Masih cukupkah bekalan makanan mereka?"
"Masih adakah minyak petrol atau kayu api untuk pemanas mereka?"

Bantuan selimut dan tilam-tilam tebal sangat diperlukan untuk keselesaan mereka dimusim sejuk ini apatah lagi suhu yang sangat sejuk di waktu malam.

Mereka juga amat memerlukan minyak petrol atau kayu api untuk digunakan menghidupkan pemanas dalam khemah.

Anak-anak pelarian ini ada yang menderita "frostbite" iaitu jari kaki atau tangan menjadi buruk membeku akibat cuaca terlampau sejuk dan tiada baju sejuk, kasut, dan stokin yang elok. Ada anak-anak pelarian yang hanya memakai selipar atau berkaki ayam dalam keadaan suhu mencecah -6 darjah celcius !

Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bekerjasama dengan Malaysia For Syria bagi tahun ke-6 dalam menjayakan MVM ROVER - Winter Syria.

Lokasi yang kami akan berikan bantuan ini adalah di kem-kem pelarian Syria di Sempadan Syria-Turki

Kami membuka peluang dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk kita sama-sama meringankan bebanan dan penderitaan saudara Syria tahun ini.

Maklumat Bantuan :

  • Sasaran : RM300,000
  • Pek Rezeki (Barangan Asas) : RM200/pek
  • Pek Makanan Panas : RM100/keluarga
  • Bahan Bakar / Heater (Diesel) : RM100/tong
  • Baju sejuk & kasut : RM200
  • Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Tarikh tutup sumbangan :Januari 2023

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Winter Syria

 

IN SHA ALLAH, bantuan anda ini dapat memberi manfaat kepada 30,000 pelarian Syria untuk menghadapi musim sejuk tahun ini.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan seikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya Syria ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

MVM ROVER : Winter Syria

RM150,065 of RM500,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM200.00