MVM X IIUM Pagoh Fundraising Raya 2021

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

MVM X IIUM Pagoh Fundraising Raya 2021

Muslim Volunteer Malaysia bersama Mahasiswa IIUM Pagoh telah membuka satu kempen sumbangan bersama iaitu "MVM X IIUM Pagoh Fundraising Raya 2021".

Seperti yang kita tahu, dalam meraikan bulan ramadan dan syawal ini nanti, akan berbeza bagi setiap orang. Mungkin ada keluarga yang tidak cukup perbelanjaan harian dalam menyara keluarga di bulan ramadan ini nanti akibat musim PKP tempoh hari.

Mereka ini ada yang terpaksa diberhentikan pekerjaan mereka dan disebabkan itu kewangan mereka terhad untuk perbelanjaan keluarga dan anak-anak mereka.

Oleh itu, kempen ini dijalankan bagi memberi bantuan di bulan Ramadan dan Aidilfitri kepada pelajar B40 Kulliyyah Languages and Management (KLM) seramai 38 orang dan keluarga B40 seramai 28 keluarga.

Objektif kempen ini dibuka :

  • Untuk menggalakkan pelajar Universiti dan orang awam bersedekah.
  • Untuk meraikan bulan ramadan dan syawal ini dalam berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan ini.
  • Untuk meringankan beban golongan yang memerlukan ini agar dapat bertahan demi kelangsungan hidup.

Keluarga yang akan kami berikan bantuan ini di Kampung Melayu dan Kampung Sri Tanjung Panchor, Johor. 

Jangkaan serahan bantuan akan dilaksanakan pada 8 Mei 2021 (Sabtu). 

Justeru itu, Muslim Volunteer Malaysia dengan rendah hati ingin mengajak anda bersama kami dalam menyumbang di kempen ini demi membantu mereka yang memerlukan disamping meraikan mereka di bulan ramadan dan syawal nanti. 

Jenis Bantuan :

  • Pek barangan asas
  • Duit Raya

Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Sasaran dana yang diperlukan : RM11,000

Tarikh tutup sumbangan : 6 Mei 2021

Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Sumbangan IIUM Pagoh
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd".

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Bayarcash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan kami, semoga dengan bantuan kali ini memberi sedikit keselesaan, meringankan beban dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang kini sedang diuji dalam kesusahan.

 

MVM X IIUM Pagoh Fundraising Raya 2021

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.