MVM RELIEF : Bantuan Kecemasan Seluruh Malaysia

RM20,370 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA!

 

[TERKINI] :
KAMI SEDANG BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI BANJIR KILAT DAN MUSIM TENGKUJUH DISELURUH NEGERI YANG AKAN MELANDA PADA BILA-BILA MASA SAHAJA INI.

Banjir musim tengkujuh pada tahun ini dijangka akan berlaku di beberapa buah negeri. Selangor juga termasuk kerana ada beberapa tempat yang mempunyai sejarah banjir teruk yang lepas sedang dibawah pemerhatian ketat.

[BANJIR DI BALING TAHUN INI]

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, wakil team kami telah menziarahi mangsa-mangsa banjir di Baling dan mendengar sendiri kisah tragis yang dialami.

Bantuan baikpulih kerosakan barangan elektrik, kerosakan rumah dan bekalan air bersih telah kami sampaikan terlebih dahulu mengikut keperluan semasa mereka. Insha Allah, bantuan lain-lain akan kami salurkan selepas ini.

Dilaporkan kerosakan rumah lebih daripada 50 buah rumah. Bencana pantas ini juga meninggalkan trauma yang menyakitkan kepada 1,400 orang penduduk yang menyaksikan sendiri arus air sungai yang sangat deras menghayutkan harta benda termasuk rumah, kenderaan dan pokok-pokok besar yang tumbang. Banjir di Baling kali ini dikatakan lebih buruk berbanding banjir di Pahang pada awal tahun lalu.

Seperti mana misi bantuan kecemasan banjir terdahulu, kami di Muslim Volunteer Malaysia memfokuskan bantuan keperluan pasca bencana iaitu baikpulih kerosakan seperti kemudahan dapur, elektrik, ubat-ubatan serta keperluan rumah yang lain (berdasarkan hasil penilaian kerosakan).

Semoga mereka kembali bangkit dan hidup gembira seperti sebelum ini kembali, Inshaa Allah.

 

Untuk makluman, kempen ini juga akan termasuk dengan bantuan kecemasan bencana yang lain juga.

Bukan sahaja banjir, malah kita turut akan membantu bencana selain banjir. (Banjir di 'highlight' kan oleh kerana Malaysia kini sering mengalami banjir teruk secara tiba-tiba)

Insha Allah, MVM akan bekerjasama dengan NGO lokal di tempat kejadian bagi menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa bencana dalam kadar yang segera.

Oleh itu, kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk salurkan dana bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana agar gerak kerja dapat dilaksanakan dengan segera sejurus bencana berlaku.

  • Tajaan umum : RM30 atau seikhlas hati
  • Sasaran kempen : RM50,000 

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Kecemasan Malaysia

Harapan kami

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

 

MVM RELIEF : Bantuan Kecemasan Seluruh Malaysia

RM20,370 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.