MVM RELIEF : Bantuan Kecemasan Banjir Baling

RM16,494 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA!

ALHAMDULILLAH KAMI SEDANG MENGAGIHKAN BANTUAN KEPADA MANGSA, HASIL DANA DARI SUMBANGAN KALIAN SEMUA.

 

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, wakil team kami telah menziarahi mangsa-mangsa banjir di Baling dan mendengar sendiri kisah tragis yang dialami.

Bantuan baikpulih kerosakan barangan elektrik, kerosakan rumah dan bekalan air bersih telah kami sampaikan terlebih dahulu mengikut keperluan semasa mereka. Insha Allah, bantuan lain-lain akan kami salurkan selepas ini.

Dilaporkan kerosakan rumah lebih daripada 50 buah rumah. Bencana pantas ini juga meninggalkan trauma yang menyakitkan kepada 1,400 orang penduduk yang menyaksikan sendiri arus air sungai yang sangat deras menghayutkan harta benda termasuk rumah, kenderaan dan pokok-pokok besar yang tumbang. Banjir di Baling kali ini dikatakan lebih buruk berbanding banjir di Pahang pada awal tahun lalu.

Seperti mana misi bantuan kecemasan banjir terdahulu, kami di Muslim Volunteer Malaysia memfokuskan bantuan keperluan pasca bencana iaitu baikpulih kerosakan seperti kemudahan dapur, elektrik, ubat-ubatan serta keperluan rumah yang lain (berdasarkan hasil penilaian kerosakan).

In sha Allah, MVM bekerjasama dengan NGO lokal di Kedah bagi menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dalam kadar yang segera.

Oleh itu, kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk salurkan dana bantuan kecemasan kepada mangsa banjir agar gerak kerja dapat dilaksanakan dengan segera.

  • Tajaan umum : RM30 atau seikhlas hati
  • Tajaan barangan elektrikal : RM100
  • Sasaran kempen : RM20,000 
  • Tarikh tutup sumbangan : 31 Ogos 2022

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Banjir Baling

Harapan kami

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

 

MVM RELIEF : Bantuan Kecemasan Banjir Baling

RM16,494 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.