Misi Bantuan Ramadhan : Syria, Kami Datang !

Terima kasih atas sumbangan anda. Alhamdulillah sasaran kempen ini sudah tercapai.

MVM Rayu Bantuan RM300,000 Untuk Misi Bantuan Ramadhan : Syria, Kami Datang !

Bertemu di bulan Ramadhan. Perasaan bersyukur gembira, dan teruja sangat kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa dan beramal ibadah lagi pada tahun ini dalam keadaan yang tenang dan aman.

Namun begitu, sangat jauh berbeza suasana Ramadhan saudara Islam kita di negara berperang seperti Syria. Mereka bagaikan “berpuasa” setiap hari. Menahan lapar, kesejukan, kesakitan dan sentiasa bersedia menunggu kematian.

  • Jika kita berada di tempat mereka, mampukah kita menanggung dugaan besar ini?
  • Pedulikah kita terhadap kekejaman yang dikenakan ke atas rakyat Syria?
  • Apakah bantuan yang telah kita usahakan untuk menyelamatkan dan meringakan bebanan saudara kita disana?

Allahuakhbar, marilah kita fikirkan sejenak dan bersyukur atas nikmat yang diberikanNya selama ini.

In sha Allah pada 1 Jun 2018 nanti, sukarelawan MVM  dengan kerjasama Malaysia Lifeline For Syria akan sekali lagi turun padang ke Kem Pelarian Syria untuk menghantar sendiri bantuan-bantuan sempena bulan Ramadhan buat saudara Syria yang serba daif dan kekurangan disana.

Maklumat bantuan adalah seperti berikut :

Bantuan Ifthar Ramadhan

  • 1 Tajaan Ifthar = RM15 / seorang
  • Sasaran = 20,000 orang pelarian Syria
  • Jumlah keseluruhan RM300,000

Atas keprihatinan dan pengalaman kami merasaikan sendiri keperitan hidup rakyat Syria di negara berperang dan kem-kem pelarian, sekali lagi kami merayu dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu memberi sumbangan ikhlas dan hebahan tentang Misi Bantuan Ramadhan “Syria Kami Datang” ini.

Sudikah anda berkongsi rezeki hanya RM15 bersama pelarian Syria ini?

Sumbanglah sekarang seberapa sahaja yang anda mampu. Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.

Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).