MVM Peduli Sulawesi Tengah

RM80,730.00 daripada RM350,000.00 sudah tercapai
23%

RM
Caj Transaksi Billplz .
Pilihan Untuk Membayar
Maklumat Penderma

Terms

Sumbangan Keseluruhan: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

MVM Peduli Sulawesi Tengah

Gempa bumi dan Tsunami telah melenyapkan bumi Sulawesi. Ribuan tempat tinggal musnah, anak-anak menjadi yatim piatu, keluarga berpecah belah, ribuan hilang pekerjaan dan punca rezeki sekelip mata.

1,832 jiwa saudara di Sulawesi yang meninggal dunia, 113 yang hilang, 2,549 mengalami kecedaraan parah, 70,821 hilang tempat tinggal,839 kampung musnah di Sulawesi Tengah dan 95 kampung musnah di Sulawesi Barat.

Paling menyayat hati, apabila melihat ribuan mangsa bencana alam ini trauma, tinggal sehelai sepinggang, tiada bekalan makanan yang mencukupi, dan tiada bekalan perubatan.

Atas keprihatinan ini, Muslim Volunteer Malaysia telah bekerjasama dengan badan NGO Indonesia, Aksi Cepat Tanggap untuk menghantar bantuan Pek Makanan dan Kit Kebersihan. Mereka amat memerlukan makanan dan barangan kebersihan seperti tuala, berus gigi, tuala wanita, lampin bayi dan keperluan asas lain.

MAKLUMAT BANTUAN :

  • Sasaran : RM350,000
  • 1 Tajaan : RM30 sahaja

JENIS BARANGAN BANTUAN : 

  • Pek Makanan
  • Kit Kebersihan

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :

  • Contoh subjek email : Peduli Sulawesi Tengah

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

HARAPAN KAMI, semoga bantuan daripada rakyat Malaysia ini dapat mengurangkan beban dan penderitaan mereka di sana. Bantuan yang kita berikan tidak dapat mengembalikan nyawa yang telah terkorban, namun ia sedikit sebanyak membantu mereka yang terselamat meneruskan kehidupan.

Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin. Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda juga boleh bantu dengan “share” kempen ini.