MRJK Feed The Future : Bantuan Makanan Nutrisi Anak Asnaf

RM8,102 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM300.00

ANAK-ANAK MISKIN BANDAR KELAPARAN & TIDAK CUKUP MAKANAN SIHAT

 Ayuh taja makanan mereka, serendah RM 20 sahaja.

 

Setiap kali team kami turun padang, pasti kami akan sama-sama merenung berfikir akan nasib rakyat Malaysia yang sedang kesempitan hidup. Rupanya, masih ramai yang hidup 'nyawa-nyawa ikan', 'kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang".

Kami di MVM menjadi saksi bagaimana peritnya rasa tiada duit untuk makan seharian, anak-anak menderita kebuluran, sakitnya menghadapi penyakit akibat tidak cukup nutrisi dalam badan dan hilang punca rezeki akibat pelbagai ujian hidup.

Sungguh besar dugaan mereka dan hanya mereka yang melalui dugaan ini sahaja yang mampu faham dan mengerti.

 

Dalam rezeki anda pasti ada rezeki mereka bersama.

 

Oleh sebab itu, MVM tetap berjuang untuk membantu keluarga asnaf dan miskin bandar di seluruh Malaysia, khususnya Selangor dan Kuala Lumpur.

Siapa yang kita akan bantu dalam kempen ini?

  • Anak-anak asnaf di PPR Kota Damansara

Apa yang kita akan bantu mereka?

  • Makanan Tengah hari (15 pek) - RM300
  • Makanan Malam (20 pek) - RM300
  • Snek ringan dan sihat - RM200

*Nota : Tajaan untuk 15-30 orang anak-anak asnaf terpilih

 

Kenapa bantu makanan bernutrisi setiap hari?

1. Hasil kajian yang dilakukan oleh rakan NGO kami, mereka mendapati ramai anak-anak asnaf di PPR ini tercicir dalam pelajaran akibat kurang daya tumpuan (tidak fokus) dalam kelas, emosi tidak stabil dan mudah mengidap penyakit.

2. Punca utama yang didapati dari kajian tersebut adalah disebabkan mereka kekurangan makanan yang bernutrisi lengkap. 

Ada antara mereka yang langsung tidak makan makanan berkhasiat untuk sarapan pagi, tengahari dan mahupun malam. Mereka hanya makan snek yang tidak berkhasiat dan juga tidak cukup minuman air putih.

3. Antara menjadi faktor utama juga adalah kemiskinan dan kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar.

Kehidupan anak-anak asnaf ini yang diabaikan dan tidak dipantau oleh ahli keluarga juga menjadi punca mereka tidak cukup makanan bernutrisi tinggi.

Akibatnya, memberi kesan buruk pada perkembangan minda (mental) dan kesihatan fizikal mereka.

4. Kami percaya pendidikan adalah nadi utama untuk membentuk generasi anak muda yang berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan membantu mereka mengubah nasib keluarga yang terbelenggu dengan kemiskinan.

Jadi, sebelum kami fokus memberi pendidikan akademik, kami percaya pemakanan yang sihat untuk anak-anak asnaf ini perlu dibaiki dan dibantu terlebih dahulu.

5. Atas sebab ini juga, sebagai permulaan kami membantu pada skala yang kecil terlebih dahulu dengan pemantauan yang lebih sistematik.

InshaAllah, kami di MVM bersama rakan NGO kami akan terus menjalankan kaji selidik, dan pemantauan projek bagi melihat impak dan perkembangan positif pada anak-anak asnaf dan miskin bandar ini.

Bagaimana anda boleh membantu anak-anak asnaf ini hidup lebih sihat?

  • Sasaran : RM100,000
  • Tajaan umum : RM20 atau seikhlas hati
  • Jumlah penerima bantuan : 15-30 orang anak-anak asnaf
  • Tempoh masa bantuan : Oktober - Disember 2023 (4 bulan)

Kami dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk memperbanyakkan bersedekah dan bersama-sama kami berkongsi sedikit kebahagiaan bersama rakyat Malaysia yang sedang mengalami penderitaan hidup.

Klik butang "DONATE NOW" untuk meneruskan sumbangan anda.

“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.”
(HR. Thabrani).
Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim).

Semoga Allah terima dan redha amal sedekah kita di platform MVM ini. Doakan kami untuk terus berbakti dilapangan kebajikan ini bersama anda yang Allah pilih untuk membaca seruan ini. In sha Allah.

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648 0164 7699
  • Reference : Feed The Future

MRJK Feed The Future : Bantuan Makanan Nutrisi Anak Asnaf

RM8,102 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM300.00