Misi Kecemasan: Pasca Ribut Perlis 2.0

RM13,664 of RM30,000 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Bumi Perlis ditimpa Taufan Lagi

Pada 9 Ogos yang lalu, kita di gemparkan dengan berita yang amat menyayat hati, apabila sekali lagi tahun ini, bumi perlis telah ditimpa angin ribut yang mengakibatkan kerosakkan fizikal seperti bumbung tercabut, pokok-pokok serta tiang elektrik tumbang.

Untuk makluman semua, kira-kira 900 buah rumah, 50 buah sekolah dan premis perniagaan terjejas akibat ribut yang berlaku di negeri ini. Nilai kerugian hampir mencecah jutaan ringgit.

Antara lokasi yang terlibat adalah di kawasan Kuala Perlis, Kangar, Bintong dan beberapa kawasan lagi yang dilaporkan.

Oleh itu, atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, kami di Muslim Volunteer Malaysia terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan dalam bentuk kelengkapan rumah dan kelengkapan perniagaan untuk memberi sedikit keselesaan kepada mangsa-mangsa ribut di Perlis.

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan melancarkan Misi Kecemasan Pasca Ribut Perlis 2.0

Petugas MVM akan menghantar sendiri bantuan tersebut kepada mangsa ribut pada bulan September 2019.

Antara bantuan yang akan diberikan adalah:

  • Pek kebersihan diri
  • Bantuan pemulihan, penambahbaikkan rumah dan premis perniagaan
  • Bantuan kelengkapan asas rumah

Kami merayu bantuan rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada saudara kita yang menjadi mangsa ribut ini.

Maklumat bantuan :

Sasaran dana bantuan yang diperlukan : RM30,000

Sasaran penerima manfaat : 10 Keluarga, 9 buah rumah, 1 premis perniaagan.

Tarikh tutup sumbangan : 9 Sept 2019

1 tajaan: RM50 sahaja

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
 
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Affin Bank : 1060 2003 8503
  • Email : account@mvm.org.my

Harapan kami agar kita turut sama dapat membantu saudara kita yang susah dan amat memerlukan di Malaysia ini. Hulurkanlah sumbangan RM30, RM50 atau seberapa sahaja yang termampu.

Bantu kami untuk "share" kempen bantuan ini juga agar lebih ramai yang dapat membantu. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita bersama. Amin.

Semoga segala urusan ini dipermudahkan. Kami mohon agar rakyat Malaysia terus mendoakan agar rakyat Perlis terus diberikan kekuatan dan ketabahan.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...