MVM Rayu Bantuan RM500,000 Untuk Misi Bantuan Ramadhan : Syria, Kami Datang !
Ramadhan datang lagi dan pastinya kita sebagai umat Islam menantikannya dengan penuh harapan. Jika kita di Malaysia menyambut kehadiran Ramadhan dengan keterujaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi berbeza sekali dengan saudara Syria yang kini menjadi pelarian, hidup serba daif, dan menderita.
Pergolakan yang melanda Syria kini sudah memasuki tahun ke-8 dan sehingga kini tiada berpenghujung.
Tahun 2019 ini, MVM meneruskan lagi usaha kemanusiaan untuk menghantar bantuan Ramadhan kepada pelarian-pelarian Syria di sempadan Syria-Turki dengan kerjasama sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM).
Berbeza kali ini, kami bukan sahaja memberi bantuan iftar dan sahur dibulan Ramadhan tetapi kami juga akan turut meraikan kanak-kanak Syria untuk lebih ceria menjelang Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Ia adalah salah satu inisiatif "Trauma Healing" atau psikososial dalam membantu memulihkan emosi anak-anak Syria yang trauma akibat peperangan dan kehilangan ahli keluarga.
Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 20,000 orang pelarian Syria dewasa & kanak-kanak.
Lokasi Bantuan :
- Kem-kem pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
- Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo
- Kem-kem pelarian di Sempadan Turki - Syria
Maklumat bantuan adalah seperti berikut :
- Sumbangan Jamuan Iftar & Sahur Ramadhan
- Pek Makanan (Barangan Dapur)
- Beg Keceriaan Kanak-kanak (Alat permainan Kanak-kanak & Pakaian Kanak-kanak)
Jumlah Sasaran Dana yang diperlukan : RM500,000
- 1 Tajaan Umum : RM100 sahaja / keluarga
- Sasaran penderma : 5,000 orang penderma
- Anda juga boleh menghulurkan sumbangan ikhlas RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
- Maybank : 5648-0164-7699
- CIMB Islamik : 8602 5378 07
- Bank Islam : 1230 0010 0030 65
- Affin Bank : 1060 2003 8503
*Nota penting : Jumlah dana yang diperlukan telah termasuk kos bantuan menggerakkan misi bantuan kemanusiaan ini iaitu logistik, pengangkutan, penginapan dll.
Atas keprihatinan dan pengalaman kami merasaikan sendiri keperitan hidup rakyat Syria di negara berperang dan kem-kem pelarian, sekali lagi kami merayu dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu memberi sumbangan ikhlas dan hebahan tentang Misi Bantuan Ramadhan “Syria Kami Datang” ini.
Sudikah anda berkongsi rezeki hanya RM100 bersama pelarian Syria ini?
Sumbanglah sekarang seberapa sahaja yang anda mampu. Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.
Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).