Misi Bantuan Ramadhan : Rohingya, Kami Peduli

Terima kasih atas sumbangan anda. Alhamdulillah, kempen ini telah mencapai sasaran.

MVM Rayu Bantuan Dana RM200,000 Untuk Misi Bantuan Ramadhan : Rohingya, Kami Peduli.

MVM kini melancarkan kempen tajaan Misi Bantuan Ramadhan : Rohingya, Kami Peduli bagi menghantar bantuan Ifthar Ramadhan kepada 20,o00 pelarian Rohingya di kem-kem pelarian Rohingya, Bangladesh.

In sha Allah, sukarelawan MVM akan turun padang sendiri menghantar bantuan ini pada 29 Mei 2018 sehingga 7 Jun 2018.

Maklumat tajaan adalah seperti berikut :

  • Sasaran : 20,000 orang pelarian Rohingya
  • 1 tajaan : RM10 / seorang
  • Jumlah keseluruhan : RM200,000
  • Tarikh tutup sumbangan : 15 Jun 2018

Sudikah anda berkongsi rezeki hanya RM10 sahaja dengan pelarian Rohingya yang hidup kesempitan dan terbuang ini ?

Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

Misi Bantuan Ramadhan : Rohingya, Kami Peduli

Terima kasih atas sumbangan anda. Alhamdulillah, kempen ini telah mencapai sasaran.