Misi Bantuan Ramadan : Untukmu, Malaysia 1.0

RM133,537 of RM200,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Misi Bantuan Ramadan : Untukmu, Malaysia

Ramadan kini tiba lagi dan kali ini sangat mencabar dengan adanya ujian wabak Covid-19 seluruh dunia. Berpuasa dalam tempoh Perintah kawalan pergerakan amat mencabar bagi golongan kurang bernasib baik seperti asnaf B40, gelandangan, anak-anak yatim, OKU, dan pelarian.

Kami di Muslim Volunteer Malaysia sangat aktif menyalurkan bantuan hasil sumbangan dan amanah rakyat Malaysia kepada golongan yang memerlukan ini setiap kali bulan Ramadan pada setiap tahun.

Alhamdulillah, kini telah masuk tahun ke-4, kami berusaha untuk menghadiahkan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang terindah buat keluarga memerlukan ini.

Masyarakat sedia maklum, ramai antara rakyat Malaysia yang kini hilang punca pendapatan dalam tempoh PKP ini. Apa yang lagi membimbangkan kami, cukupkah bekalan makanan mereka untuk berbuka puasa dan sahur bersama keluarga setiap hari?

Pada bulan yang mulia ini, kami dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk terus menghulurkan sumbangan ikhlas kepada golongan asnaf B40, rumah kebajikan, OKU, dan pelarian ini dalam Misi Bantuan Ramadan : Untukmu, Malaysia 

MVM juga telah bekerjasama beberapa rakan NGO dan syarikat korporat bagi misi bantuan Ramadan kali ini. Antaranya adalah seperti berikut :

  • Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara
  • Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim Miskin
  • De Palma Management Service Sdn. Bhd.

In sha Allah, antara program bantuan yang akan dijalankan sepanjang Ramadan melalui misi ini adalah seperti berikut :

  • Cahaya Sahur bersama gelandangan
  • Projek Bubur Lambuk & Iftar bersama Anak yatim & miskin
  • Bantuan khas Ramadan barangan asas dapur kepada asnaf B40
  • Shantoh Ramadan

Jenis Bantuan :

  • Pek Rezeki (Barangan asas dapur) : RM150
  • Pek Berbuka Puasa & Sahur : RM50
  • Pek Kebersihan (sabun, shampoo, dll) : RM50
  • Pek Syawal (kuih raya & kurma) : RM50
  • Pek Ceria (lampin, susu & keperluan kanak-kanak) : RM100

Sasaran dana yang diperlukan : RM200,000

Tarikh tutup sumbangan : 24 Mei 2020

Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Ramadan Malaysia
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd." 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan kami, semoga Ramadan kali ini memberi kebahagiaan kepada mereka yang selama ini hidup dalam kesusahan.

Kami doakan Allah swt memberkati segala rezeki kita bersama dan memberi kemudahan kepada kita untuk bersama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Amin.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...