Misi Bantuan Ramadan : Syria Kami Datang 4.0

RM502,421 of RM700,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Misi Bantuan Ramadan : Syria Kami Datang 4.0 

Ramadan datang lagi dan pastinya kita sebagai umat Islam menantikannya dengan penuh harapan. Jika kita di Malaysia menyambut kehadiran Ramadan dengan keterujaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi berbeza sekali dengan saudara Syria yang kini menjadi pelarian, hidup serba daif, dan menderita.

Pergolakan yang melanda Syria setiap hari, setiap tahun yang tiada berpenghujung mengakibatkan kekurangan keperluan harian dan masalah kebuluran dalam kalangan pelarian Syria ini. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini, mereka kekurangan keperluan dan barangan asas untuk mereka membuat persiapan menyambut bulan Ramadan dan bulan Syawal ini nanti.

Tahun 2020 ini, MVM meneruskan lagi usaha kemanusiaan untuk menghantar bantuan Ramadan kepada pelarian-pelarian Syria di sempadan Syria-Turki dengan kerjasama sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM), Malaysia Lifeline For Syria (MLLFS) dan Bonyan Organisation.

Objektif misi Ramadan Syria kali ini:  

  • Memberikan bantuan makanan berbuka puasa kepada golongan pelarian Syria dengan berpaksikan segmentasi MVM Relief bagi meringankan beban mangsa perang di Syria.
  • Mengurangkan masalah kelaparan dalam kalangan pelarian Syria selari dengan sasaran Pembangunan Mampan (SDG), sasaran kedua, sifar kelaparan.
  • Mengenal pasti bentuk bantuan jangka masa panjang yang boleh diberikan kepada pelarian Syria.

Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 20,000 orang pelarian Syria dewasa & kanak-kanak.

Lokasi Bantuan : 

  • Kem-kem pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
  • Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo
  • Kem-kem pelarian di Sempadan Turki - Syria

Sudikah anda berkongsi rezeki bersama pelarian Syria ini?

Bantuan Diberikan:

  • Pek rezeki (Barangan asas dapur) (RM150)
  • Pek Iftar dan Sahur (Pek Makanan panas) (RM50)
  • Pek Riang Ria (Baju raya & alat mainan untuk anak yatim Syria) (RM100)
  • Pek Kebersihan (Sabun, Shampoo etc.) (RM50)

Sasaran keseluruhan kempen : RM700,000.00

  • 1 Tajaan Umum : RM30 sahaja / keluarga atau seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : Ramadan Syria 4

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd"

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

IN SHA ALLAH, bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 20 000 pelarian Syria demi kelangsungan hidup mereka disana.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya di Idlib Syria ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

 

 

 

 


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...